Wah Diana Danielle muncul dengan lagu Senandung Raya, yang lama tak balik kampung wajib dengar

PELAKON dan penyanyi Diana Danielle tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Senandung Raya di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, baru-baru ini.

Lagu raya yang ditulis dan digubah oleh Amylea itu juga telah membawakan aura yang berbeza berbanding lagu raya yang lain dengan mengetengahkan genre Jazz.

Selain cemerlang dalam bidang lakonan, figura hebat ini turut berbakat sebagai penyanyi. Malah, beberapa single yang dilancarkan sebelum ini berjaya mencuri perhatian peminat dan pencinta muzik tanah air.

Bersempena sambutan Syawal ini, Diana Danielle buat pertama dapat merakamkan lagu raya solo berjudul Senandung Raya hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Amylea.

Menurut Diana, lagu terbitan Universal Music Malaysia itu memberikan cabaran tersendiri
buat dirinya yang mana perlu menyanyikan lagu bahasa Melayu.

“Saya beritahu Amylea yang mana saya tak berapa bagus menyanyikan lagu Melayu berbanding lagu Inggeris, tapi dia sangat membantu dan memberikan sokongan ketika proses rakaman. Ternyata ia bukan semudah disangka, tapi dia sangat membantu.

“Dia juga memberikan tip bagaimana nak memajukan lagi nyanyian bahasa Melayu saya. Saya membesar dan mendengar banyak lagu Melayu, tapi tidak menyanyikannya. Jadi, ia sangat sukar untuk saya di studio.

“Ada perkataan yang kadang kedengaran bunyi Inggeris jadi tak kena untuk lagu Melayu. Ia sesuatu yang janggal. Namun, selepas ulang beberapa kali, kami dapat lakukan juga dengan baik,” katanya.

Baca juga Tak tidur satu malam ingat kena nyanyi rap, Salwa Abdul Rahman muncul dengan lagu baru

Diana berkata, kali pertama bekerjasama dengan Amylea juga antara cabaran yang perlu
dilalui selain proses rakaman video muzik (MV) yang dibuat pada saat akhir.

“Cabaran MV ini adalah masa kerana ia dibuat pada saat akhir. Tapi, penting untuk saya siapkan. Sebab, saya mahu ia dikeluarkan sempena raya ini. Lagi pula, sebelum ini saya tak ada peluang merakamkan lagu solo raya. Sebelumnya berkolaborasi saja.

“Sejujurnya, saya bangga apabila turut memberikan idea dalam MV ini yang mana nak paparkan situasi sebenar. Sebagai penyanyi baru juga, ia memberikan saya pengalaman bagaimana nak mewujudkan sesuatu yang bermula dengan hanya idea.

“Selain itu, cabaran lain adalah pertama kali bekerjasama dengan Amylea. Sebab saya tak
pasti apa yang dia mahukan. Dalam masa sama, menyanyikan lagu Melayu bukan mudah
untuk saya. Saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan harap peminat boleh ‘enjoy’
dengan lagu ini,” katanya.

Berkongsi mengenai konsep MV itu, menurut Diana, ia memaparkan situasi dan suasana
sebenar seseorang yang sudah lama tidak pulang beraya ke kampung halaman.

“Konsep MV ini adalah kami nak paparkan apa yang dilakukan oleh orang ramai pada setiap’ hari raya. Disebabkan itu, kami buat peraduan dan ikut pemenang itu balik kampung di Kelantan.

Iklan

“Jadi, kami rakam situasi sebenar di mana pertemuan berlaku bersama keluarga selepas tidak pulang ke kampung selama beberapa tahun. Apa yang dipaparkan itu tidak sama jika kita reka situasi berkenaan.

“Disebabkan itu, kami mahu MV ini nampak semula jadi dan ‘real’. Nak tunjukkan bagaimana rasa penuh kasih sayang meraikan hari raya dengan keluarga tercinta. Pendek kata, konsep MV ini sedikit tenang tapi penuh makna,” katanya.

Jauh di sudut hati Diana juga yang menginginkan lagu Senandung Raya itu menjadi malar
segar seperti kebanyakan lagu raya lain.

“Sudah tentu saya berharap peminat dan masyarakat boleh menerima dengan baik lagu ini. Sebab ia buka seperti kebanyakan lagu raya lain, tapi lagu raya yang berentak R&B. Ia mengingatkan saya pada lagu Datuk Sheila Majid.

Baca juga Ahmad Dhani tuntut royalti lagu Dewa 19 dinyanyikan Once sejak 2010, dakwa bernilai ratusan ribu ringgit

Iklan

“Jadi, saya harap orang ramai boleh terima kelainan yang dibawa dalam lagu ini dan raikan
perbezaan. Saya selalu dengar orang cakap, kebanyakan lagu raya sama saja. Jadi, untuk lagu ini kami berikan kelainan.

“Mungkin ia adalah risiko, tapi saya percaya peminat hari ini terbuka menerima sesuatu yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan genre lagu. Saya juga harap lagu ini menjadi lagu raya yang bakal dimainkan pada setiap tahun selain mengingatkan anda kepada orang tersayang jika merindui mereka tak kira walau di mana berada,” katanya.

Senandung Raya sudah dilancarkan secara rasmi sejak 7 April lalu di kesemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muzik sudah boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.