'Welcome to the D's family,' - Anak teruna Didie Alias bergelar suami

A
A
A

ANAK lelaki kepada pelakon dan pengacara Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan, 29, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Khairunnisa Zulkifli di Tawau, Sabah pada pagi Sabtu.

Didie atau nama sebenar, Nur Fadzilah Ali, 52, turut memanjatkan kesyukuran di atas kelancaran majlis tersebut serta gembira menerima kehadiran ahli keluarga baharu.

“Alhamdulillah selesai, majlis pernikahan anak lelaki mommy, Muhammad Dhanial dengan Nur Khairunnisa.

“Syukur berkat doa semua, majlis berjalan dengan lancar.

“Welcome to the D’s family,” tulis Didie menerusi Instagram miliknya.

Dalam beberapa keping gambar dan video yang dikongsikan menerusi Instagram Didie dan anak-anaknya, rombongan pengantin lelaki yang tiba di Tawau pada Jumaat, hadir menggayakan menggayakan busana berona hijau muda pada majlis pernikahan Dhanial itu.

Terdahulu, Didie berharap agar anak terunanya itu kuat ketika majlis berlangsung biarpun tanpa keberadaan bapanya, Ridzuan Hashim, 62, yang terlebih dahulu telah dijemput Ilahi pada 4 Mei lalu.

Gambar lengkap keluarga Didie Alias, manakala kanan, gambar kenangan Ridzuan Hashim yang dimuat naik anak sulungnya menerusi Instagram.

Sementara itu, anak sulung pasangan tersebut, Nur Dhaniyah, 30, turut menitipkan ucapan ringkas, namun penuh bermakna sempena perkahwinan adiknya.

"Complete (lengkap). Ayah pun ada dengan kita Dhan," tulisnya berserta simbol hati berwarna hijau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca