'What goes around, comes around...' Rita Rudaini ingatkan kisah bekas isteri Safee Sali, jangan buat-buat lupa
KEMELUT hubungan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip menjadi perhatian selepas ikatan perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu terlerai talak dua.
Biarpun prosiding pengesahan lafaz cerai berjalan lancar, dakwaan Fitria Elfina yang tidak dapat berhubung dan menemui dua anak anak kandungnya, Shanika Salsabila Mohd Safee, 9, dan Shania Safina Mohd Safee, 7 cukup menyentuh hati.
Dalam masa yang sama, laman sosial kecoh dengan dakwaan wanita itu dahulunya merampas Safee sama seperti yang terjadi kepadanya kini.
Dalam luahannya menerusi satu perkongsian menerusi audio siar, wanita berusia 44 tahun itu tampil memberikan penjelasan.
"Ramai yang mendakwa kononnya saya mengambil Safee daripada bekas isterinya yang lama. Mereka kata ini kifarah untuk saya, tak mengapalah.
"Hanya orang yang tahu bagaimana Safee dengan saya, cara berkenalan saya dengannya. Pada masa itu Safee pun sudah ada masalah dengan bekas isterinya.
"Saya memang tiada langsung dalam hubungan dia dengan isterinya yang lama," ujar Fitria.
Pelakon Rita Rudaini dalam hantarannya di Insta Story mengingatkan wanita itu mengenai apa yang pernah berlaku kepada isteri pertama dahulu.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon Sehangat Asmara itu menganggap Fitria menerima kifarah di atas perbuatannya yang lalu.
Baca juga: Ibu paling berhak dapat hadanah, 15 info wanita wajib tahu tentang penjagaan anak lepas bercerai
Baca juga: Ini petua rumah tangga kebal elak ‘disondol’, point nombor 5 suami wajib buat
"What goes around comes around. You jangan buat-buat lupa ex wife ex husband you dulu. We all tahu apa yang terjadi di zaman kami dulu," kongsi Rita.
Safee bernikah dengan Fitria yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan isteri pertama, Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka memperoleh dua orang anak.
Terbaharu, bekas penyerang terbaik di Asia Tenggara itu mengesahkan sudah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya 26 Januari lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang