Gabungan sempurna manis dan masin dalam setiap gigitan biskut LEXUS

BULAN Ramadan bukan sahaja tentang berpuasa, tetapi juga tentang menikmati hidangan yang lazat ketika berbuka, sahur, atau selepas solat tarawih.
KETIKA mencari sesuatu yang ringan tetapi tetap mengenyangkan, biskut menjadi pilihan terbaik.
Bulan puasa begini, sebaiknya sediakan ia dalam kereta atau beg anda, boleh digunakan untuk berbuka jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Terbaharu, LEXUS, jenama biskut sandwic terkenal di bawah Munchy’s, kini membawa sesuatu yang baharu untuk melengkapi detik Ramadan anda dengan memperkenalkan Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang!

Produk baharu itu menggabungkan keseimbangan sempurna antara rasa manis dan masin, mencipta pengalaman snek yang luar biasa dalam setiap gigitan.
LEXUS tidak asing lagi dengan biskut sandwic berkrim yang sentiasa menjadi pilihan ramai.
Kali ini, mereka membawakan kombinasi unik Biskut Coklat Masin yang rangup dengan taburan garam Himalaya, digandingkan bersama inti krim kacang panggang yang kaya dan beraroma.
Kacang tanah sebenar digunakan dalam pembuatan krim ini, memberikan rasa yang autentik dan lebih menyelerakan. Hasilnya, setiap gigitan bukan sahaja memuaskan tetapi juga mencetuskan rasa baharu yang unik dan penuh kejutan.
Reka bentuk pek memudahkan anda menikmatinya bila-bila masa, di mana sahaja. Sama ada ketika berehat, berkongsi saat manis bersama keluarga, atau sekadar mencari snek yang mengenyangkan di antara waktu makan.
Menikmati snek kini bukan sekadar untuk menghilangkan lapar, tetapi juga untuk mencipta kenangan indah bersama yang tersayang.
Dengan gabungan rasa unik yang manis dan masin, LEXUS sekali lagi membuktikan bahawa setiap kepingan biskut mereka mampu menjadikan setiap saat lebih istimewa!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang