PENYANYI Syafiq Farhain mengakui sudah selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri.

Bagaimanapun anak kepada Allahyarham Saleem itu tidak bersedia untuk berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

“Saya akui sudah berkahwin tetapi dan sebenarnya tidak berniat untuk merahsiakannya daripada orang ramai sebab kalau orang tanya, saya akan beritahu.

“Apa yang saya boleh katakan, memang saya sudah berkahwin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu di Terengganu,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Rusa dan MVM di Puchong pada Khamis.

Ditanya adakah dia memilih untuk merahsiakan perkahwinan itu kerana bimbangkan populariti merundum, anak kepada Allahyarham Saleem ini menafikannya.

Iklan

“Sebenarnya orang yang rapat dengan saya semua tahu cuma saya tidak menghebahkan perkara itu kepada umum.

Iklan

“Mungkin bila dah tiba masanya, saya akan beritahu secara terperinci,” jelasnya.