PELAKON Jue Aziz memaklumkan dia telah disahkan positif Covid-19 setelah mengalami beberapa gejala jangkitan virus berkenaan seperti demam, batuk dan sakit kepala.

Menurut Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz, 38, dia turut mengalami selsema dan kehilangan deria rasa.

“Tolong doakan kesihatan Jue… Jue positif Covid-19.

“Simptom batuk, demam, sakit kepala, selsema dan hilang deria rasa. Nak makan dan buang air sentiasa rasa ngilu.

“Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat,” jelasnya.

Iklan

Pada masa sama, pelakon Hantu Bonceng itu sempat memohon maaf kepada semua pihak sekiranya dia ada membuat kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja.

Iklan

“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tak sengaja. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian,” ujarnya.