PRIHATIN dengan keadaaan semasa golongan selebriti yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) meneruskan jusaha mereka menyalurkan bantuan.

Sejak pandemik tercetus pada tahun lalu, YKAT telah tampil dalam membantu rakan-rakan artis yang terkesan. Malah sehingga Jun 2021, bantuan secara lima peringkat telah diberikan kepada golongan terkesandi seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Terbaru, bantuan peringkat keenam diberikan kepada 20 orang artis di mana setiap seorang menerima sumbangan barangan dapur bernilai RM200.

YKAT memperuntukkan RM4,000 untuk bantuan Covid-19 peringkat keenam kali ini dihantar ke rumah masing-masing pada 12 dan 13 Julai lalu.

Penerima bantuan tersebut terdiri daripada Shima, Sathia, M Jamil, Chef Yang Jamil, Ramesh a/l Rajan, Aai Samudera, Mus Kemala, Gan Chu Lian, Sivaperuman a/l Muniandy dan Raman a/l Nagappan.

Diikuti Roy Ratnaku, Jaafar Onn, AR Badul, Balakhrishnan a/l R. Sinniah, Wong Seong Kin, Leong Ah Kau, Ng kim Ying, Hon Yit Sin, Margerat Gan dan Samala a/p Appunie.

Pengurusan YKAT yang dianggotai oleh lapan Pemegang Amanah iaitu Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Nash, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nancie Foo, Maj Gen Datuk Hj Khairudin, Dr. Kanagarajan dan Colin Edmonds.

Iklan

Menurut D.J Dave, YKAT berusaha sebaik mungkin untuk membantu golongan artis yang terkesan menerusi sumbangan yang diberikan.

“Alhamdulillah sehingga kini, kami masih berusaha untuk membantu rakan-rakan artis dalam pelbagai bentuk seperti kewangan dan barangan dapur.

Iklan

“Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Kami faham akan situasi yang anda lalui, lebih-lebih lagi ada mereka yang terpaksa menanggung keperluan keluarga.

“Kita berharap agar bencana ini segera berakhir supaya kami (artis-artis) boleh bergerak bagi mencari pendapatan seperti biasa,” katanya.