Yuna mahu bantu perniagaan anak tempatan

Untitled design (1)
Untitled design (1)
A
A
A

DEMI melunaskan impiannya untuk membantu perniagaan anak tempatan, penyanyi dan komposer terkenal, Yuna menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech dan kewangan digital, IOUpay.

Lebih membanggakan, Yuna turut dilantik sebagai wajah rasmi myIOU.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pelantikannya itu, Yuna berkata, myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) sesuai peniaga dan usahawan atas talian khususnya sebagai pilihan pembayaran fleksibel.

“Saya amat menyokong perniagaan anak tempatan dan saya sudah lama berhasrat untuk memainkan peranan yang lebih besar dari sebelum ini.

“Saya juga mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU,” katanya.

Tambah Yuna, sejak dahulu lagi, dia sememangnya menggemari jenama tempatan dan melihat kerjasama ini sebagai satu peluang untuk membantu para usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh sukar ini.

“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi.

“Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.

“Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.

"Secara tidak langsung, ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan-usahawan untuk terus berkembang dalam menjana pendapat semasa dan selepas musim pandemik ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Komersial Wilayah IOUpay, Christopher Kok, berkata, pemilihan Yuna sebagai wajah rasmi produk dilihat mampu mengeratkan jurang pelanggan dengan perniagaan tempatan demi membantu mengembangkan lagi sayap perniagaan di kala musim pandemik ini.

“Sebagai pemain peranan utama industri BNPL di Malaysia, kami selalu mencari pihak-pihak yang mempunyai misi dan visi seperti kami.

“Gabungan Yuna dan myIOU sangatlah sesuai kerana nilai-nilai yang dibawa kedua-dua pihak adalah amat selari dengan matlamat kami,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca