Zareef Sein pertaruh Cinta Syurgaku, inspirasi kisah percintaan sendiri     

Untitled design (51)
Untitled design (51)
A
A
A

KELIBAT jejaka tinggi lampai ini dalam industri seni barangkali masih asing lagi buat segelintir peminat industri seni.

Muhammad Zareef Hussein  Anwar Hussein atau nama pentasnya Zareef Sein sudah mula menarik perhatian ramai ketika menyertai program realiti, Vokal Mania tahun lalu dan pernah mengalahkan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul pada episod kelima.

Tidak menunggu lama, bakat baharu berusia 21 tahun itu mengorak langkah dengan melancarkan single solo terbaharunya yang berjudul Cinta Syurgaku.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Zareef sendiri dan telah diberikan susunan muzik indah oleh komposer terkenal tanah air iaitu Audi Mok.

Menurut Zareef, single solo ini merupakan percubaannya dalam membina nama dalam industri muzik.

“Saya memang meminati dunia muzik sejak kecil dan bermula dengan sebuah boy band seperti One Direction sebelum ini.

“Kemudian saya mengambil langkah berani untuk menyertai Vokal Mania secara solo, sebelum dilamar syarikat Warner Music dan mengikat kontrak bersama mereka sejak Januari  tahun ini.

“Sejujurnya saya membesar untuk lagu-lagu Inggeris dan hanya mula mengenali lagu Melayu ketika berusia 15 tahun.

“Membesar dengan dua muzik yang berbeza sedikit sebanyak menjadi inspirasi buat saya dalam pembikinan lagu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bercerita lanjut mengenai lagu Cinta Syurgaku, Zareef yang menjadikan Hael Husaini dan Yuna sebagai idolanya memberitahu, dia mengambil inspirasi lirik lagu itu berdasarkan kisah percintaannya.

“Idea untuk Cinta Syurgaku muncul ketika saya berada di dalam bilik. Semua lagu yang saya tulis adalah berdasarkan kisah yang terjadi dalam ‘dunia cinta’ saya yang tidak berakhir dengan baik. Tetapi apabila saya menulis lirik, saya andaikan cerita cinta itu berakhir dengan happy ending.

“Saya cuma ambil masa 30 minit untuk menyiapkan lirik dan proses merekod single ini pula mengambil masa selama 3 jam.

“Saya berharap ia dapat mengetengahkan bakat saya kepada peminat seni dan pendengar muzik tempatan,” ujar penuntut jurusan Psikologi di sebuah pusat pengajian tinggi swasta itu.

Single Cinta Syurgaku terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music. Manakala video muzik rasmi boleh ditonton di Youtube Warner Music Malaysia.

https://youtu.be/8y5axMxudGU

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca