Zarina Anjoulie bercerai kali kedua dengan Eilyas

Untitled design - 2021-05-03T113256.827
Untitled design - 2021-05-03T113256.827
A
A
A

PELAKON Zarina Anjoulie mengakui sudah bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar hanya selepas dua bulan kembali rujuk.

Khabar duka itu didedahkan sendiri oleh Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul menerusi sebuah entri dalam akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Ramai tanya betul ke Anju (Zarina) dan Yas (suami) dah cerai. Yes, betul kami dah cerai,” tulis Zarina.

Bagai menjawab persoalan ramai mengenai punca penceraian mereka, Zarina memaklumkan, setiap kali bergaduh, penceraian pasti menjadi pilihan.

“Kalau dah setiap kali bergaduh, suami minta cerai, ha cerailah, den tak hadaplah (tak kisah)… Aku ada maruah… Nak cakap aku semak??

“Aku tak pernah merungut kau tak pernah bagi apa aku nak. Tak pernah merungut kau tak boleh bagi aku rumah, kereta, bawa aku membeli-belah macam suami lain, sebab aku terima kau seadanya.

“Aku lega semua ini dah berakhir,” luahnya menerusi Insta Storynya.

Zarina sebelum ini memaklumkan perkahwinan yang dibina pada 17 Julai tahun lalu berakhir pada Februari lepas. Namun, tidak sampai sebulan bercerai Zarina dan bekas suaminya rujuk semula kerana tidak mahu berputus asa dengan perkahwinan mereka.

Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca