Zebra Studio, Tremendous Entertainment berganding hasilkan 12 filem dalam tempoh dua tahun

Untitled design (50)
Untitled design (50)
A
A
A

ZEBRA Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim berkata, hasil produksi itu diharap dapat membaik pulih industri perfileman tempatan yang telah terjejas teruk kerana wabak Covid-19.

Katanya, ia bukan sahaja akan memberi dorongan kepada industri filem dan produksi

tempatan, tetapi juga akan memberi peluang untuk kandungan Malaysia dipersembahkan di peringkat antarabangsa.

“Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan kandungan hiburan di kedua-dua ruang pentas dan media. Dengan kekurangan kandungan hiburan secara langsung dalam tempoh pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk memberi fokus kepada industri kami dalam 18 bulan ini.

“Penghasilan filem-filem dengan Zebra Studio adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih mantap di Malaysia bagi menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,” katanya dalam satu sidang media secara maya baru-baru ini.

Menerusi perjanjian itu, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem berbahasa Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor. Manakala empat filem tempatan berbahasa Cina akan difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Selain itu, tiga filem tempatan berbahasa Inggeris akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia dan India.

Sementara itu, Pengasas/Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa tajuk hiburan paling terkenal di dunia.

“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan yang membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global.

“Ia bertujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia serta memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca