Zehra Zambri bergelar isteri buat kali kedua
PENYANYI dan pembaca berita, Zehra Zambri, 34, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 38, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, jam 10.30 pagi, pada Khamis.
Menurut Zehra, ia merupakan perkahwinan kedua buatnya dan suami yang berstatus duda dua anak.
"Dia adalah rakan sekerja di RTM dan bertugas di bahagian Berita Ehwal Semasa sebagai penyunting Berita TV.
"Suami berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan dan kami mula mengenali semasa dia mula bekerja di RTM pada hujung Disember 2019," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Zehra berkata, selepas mengharungi perkahwinan pertama yang terlerai di tengah jalan, dia berharap rumah tangga yang dibina kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Kami mengharungi pelbagai dugaan sebelum berkahwin dan pernah melalui kegagalan perkahwinan pertama.
“Jadi saya harap kami akan perbaiki segala kelemahan dan berkekalan hingga ke akhir hayat,” jelasnya.
Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, tetapi hanya bertahan selama enam bulan saja sebelum bercerai pada April 2018.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang