ZIANA Zain, penyanyi yang cukup terkenal dengan vokal lantang serta trademark ‘angkat kening’ yang pasti membuatkan semua orang terpukau dengan bakat semula jadinya.

Kini, setelah hampir 30 tahun berlayar di industri seni, Ziana Zain yang bergelar Ratu Pop Asia itu terus membuatkan peminatnya terpesona.

Terbaharu, kehadiran penyanyi jelita itu di sebuah kedai makan sambil membuat ‘persembahan’ lagu Anggapanmu mencuri tumpuan warga maya.

Video yang tular di aplikasi Tiktok itu merakamkan Ziana dengan memakai baju berwarna ungu dan berseluar krim.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara Ziana yang dianggap masih berbisa, meskipun sudah meningkat usianya.

Baca juga ‘Kereta saya dah hilang kawalan..’, Zarina Zainuddin kongsi detik cemas tayar kereta pecah di lebuhraya

ANUAR ZAIN DAN ZIANA ZAIN

Ujar mereka;

“Legend yang tiada galang ganti, walau ramai fanatik artis lain as no 1 negara ke, tapi Ziana still no 1 in my list.”

“Powernya suara pinjaman ALLAH untuk Ziana, walaupun dah berumur masih maintain.”

“Umur makin berusia tapi masih boleh tarik tinggi, mantap…”

Baca juga Sheila Majid dendang lagu tema filem Juang, Wira Hatiku

Iklan

“Macam tu je dia tarik, baru gear 1, legenda!”

“Fuhhh berdiri bulu roma dengar Ziana Zain nyanyi. Padu suara… BBNU mungkin cirit awal nyanyi lagu ni.”

@suamipilihan Selalu Dengar Lagu2 Kak Ziana…Karok Pun Lagu Dia Mesti Ada…Skli Depan Mata Dia Belanja Selagu dkt @pattanitomyam …Padu Siakkk 💖💖👍🏻👍🏻👍🏻 #zianazain #fyp @farezadnanofficial ♬ original sound – UKaSYaH_GOMEN

Iklan

Ziana bakal mengadakan konsert berskala besar bersama adiknya, Anuar Zain, pada 6 Ogos nanti di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 50 peratus tiket untuk konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 habis dijual dalam masa tiga jam sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.