MENZIARAHI kubur adalah antara amalan mulia.

Apatah lagi jika menziarahi kubur orang ahli keluarga, amalan itu amat digalak kerana boleh mengurangkan tekanan akibat kehilangannya.

Pada situasi pandemik, terdapat larangan untuk menziarahi kubur dikeluarkan pihak berkuasa berdasarkan prosedur operasi standard (SOP). Ia dilaksanakan untuk mengekang penularan Covid-19 pada musim perayaan baru-baru ini.

Kredit foto: Stockvault

Perkongsian cef selebriti, Chef Zam di laman sosial Instagram meraih perhatian ramai. Beliau difahamkan tidak dibenar masuk ke tanah perkuburan yang menempatkan pusara ibunya di Kota Damansara.

“Saya ingin memohon pencerahan dari @mkn_rasmi (Majlis Keselamatan Negara) @mkn_selangor @pjcitycouncil @mais_officialhq mengenai kebenaran menziarah kubur di Kota Damansara.

“Kenapa masih tak dibenarkan oleh @pjcitycouncil sedangkan DS @ismailsabri60 dah mulakan langkah beberapa hari lalu.

“Malah arahan jelas dari Ketua Pengarah @mkn_rasmi sudah dipaparkan di @hmetromy, @kosmo_online dan a few other news outlets?” tulis Chef Zam.

Jelasnya, beliau sudah berulang kali bertanya pihak berkuasa tempatan dan MKN melalui laman sosial. Malah telah membuat panggilan telefon berhubung isu namun tidak memperolehi jawapan.

“Mereka hanya berkata ianya adalah arahan pihak atasan. Apakah kekangannya dan pihak atasan yang mana satu ni?

“Saya baru saja balik dari mencuba nasib untuk menziarahi kubur arwah ibu di Seksyen 9 Kota Damansara namun masih tidak dibenarkan masuk.

“Katanya atas arahan Majlis Agama Islam Selangor kerana kawasan ini masih berada pada fasa satu (Pelan Pemulihan Negara).

Iklan

Baca juga Tak Boleh Duduk Ketika Ziarah Kubur, Ini Adab Yang Sering Diabaikan

Chef Zam atau nama penuhnya Zamzani Abdul Wahab kecewa dengan pengurusan tanah perkuburan yang seolah-olah tidak mematuhi arahan MKN dan membuat undang-undang sendiri.

Jelasnya, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa agama dan MKN memberikan info yang berlainan di laman media. Tutur Chef Zam, tindakan itu menyebabkan rakyat keliru.

Iklan

Sabtu lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN)menjelaskan mengenai perincian SOP aktiviti menziarahi perkuburan.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, aktiviti ziarah kubur adalah dibenarkan selagi ia mematuhi SOP am dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan fasa ditetapkan kerajaan.

Chef Zam kehilangan ibunya, Allahyarham Chik Minah pada 25 September 2020 akibat pneumonia ketika berusia 84 tahun.

Sumber: Instagram @chef_zam