Zoey, Zarina Anjoulie beri sumbangan pada rider

A
A
A

PRIHATIN dengan keperitan dilalaui golongan terjejas ketika pandemik masih belum menunjukkan tanda reda, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman, turun padang menghulurkan sumbangan.

Menerusi kempen Mikaseries Peduli, Zoey tampil bekerjsama dengan kerjasama Big Mouth dan Mc Donalds Mutiara Damansara untuk merealisasikan program kemasyarakatan itu.

Mikaseries Peduli memberi fokus kepada sumbangan petrol, makanan dan barangan keperluan kepada riders seperti FoodPanda, Lalamove, Grabfood dan lain-lain.

Menurut Zoey, jika sebelum ini Mikaseries Peduli memberi sumbangan barangan keperluan kepada golongan ibu tunggal, kini mereka cuba membantu golongan rider pula sebagai tanda prihatin.

“Sebelum ini banyak sumbangan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan lain-lain dalam berbentuk barang keperluan harian.

“Jadi kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati golongan frontliner yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula,” katanya.

Zoey turun padang beri sumbangan kepada rider.

Dalam pada itu, Zoey berterima kasih kepada beberapa pihak yang sudi bekerjasama untuk menjayakan program terbabit.

“Alhamdulillah program ini mendapat sambutan banyak pihak dan untuk pertama kali ini kami mendapat kerjasama Big Mouth dan Mc Donald's Mutiara Damansara dan Petronas cawangan Taman Segar.

“Insya-ALLAH selepas ini pihak Adabi dan beberapa pihak lagi akan turut serta dan bekerjasama dengan kami. Terima kasih saya ucapkan.

“Terima kasih kepada Zarina Anjoulie kerana sudi untuk turun padang dan menyertai Mikaseries untuk memberi sumbangan peribadinya kepada riders,” katanya.

Bagai riders yang ingin mendapatkan petrol percuma setiap bulan, mereka boleh menyertai program terbabit melalui telegram Mikaseries Peduli dan subscribe untuk mendapatkan info lanjut serta membuat pendaftaran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca