Campsite selamat dan mesra kanak-kanak, ini 5 pilihan destinasi cuti sekolah buat pencinta alam

No Image Caption
A
A
A

LAZIMNYA, selain pilihan hotel, resort mahupun inap desa, pilihan percutian sempena cuti sekolah bergantung kepada selera masing-masing.

Jika anda jenis yang sukakan adventure, pasti opsyen campsite menjadi pilihan liburan hujung minggu bersama kawan-kawan.

Tak kurang juga si bapa yang mahu eksplorasi buat anak-anak, tapak khemah yang selamat dan mesra pengguna juga menjadi kriteria penting.

Karya dwibahasa gabungan genre muzik Melayu dan Tamil yang kian meniti bibir peminat khususnya anak muda itu turut menjadi muzik latar sempena salah satu persembahan di Dataran Putrajaya sempena sambutan kemerdekaan baru-baru ini.

Selain berkongsikan apakah makanan kegemaran dan misi penting yang mahu direalisasikan, kedua-dua anak muda berjiwa besar itu juga tak lokek berceritakan perihal zaman kecil.

Apa lagi yang dikongsikan buat peminat? Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lepaskan peluang untuk menonton video pendek ini.

Layari sinarplus.sinarharian.com.my.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.

Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #zubirkhan #ezrakairo #selebriti #instafamous #penyanyi #pelakon #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: ZUBIR KHAN (@zubirkhan_) & EZRA KAIRO (@ezrakairo)

Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)

Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)

Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

@Ezra Kairo @Zubir Khan" />

Masih berbaki lagi dua hari sebelum cuti sekolah tamat, jadi apa kata pertimbangkan informasi yang dikongsikan pengguna Facebook All About Camping Malaysia (AACM) untuk destinasi perkhemahan.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Sayful Hamizan yang berkongsi pengalaman bercuti di Wildrock Campsite nampaknya berpuas hati dengan pilihan destinasi tersebut.

Selain mempunyai panorama yang cantik dengan vibe tersendiri, rezeki mereka sekeluarga dapat berkhemah selama tiga hari dua malam dengan suasana menyeronokkan.

No Image Caption

Tapak khemah jenis glamping dengan kemudahan makanan memang memudahkan penginap meski cuaca hujan, manakala air sungai agak deras.

Pun begitu, beliau berkongsi pengalaman anak-anak dapat bermandi-manda dengan puas walaupun air agak sejuk.

Wildrock Campsite

Alamat: Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak

Caj: Bermula RM30 hingga RM250

Kemudahan: Tapak khemah, anak sungai, parking, surau dan dapur terbuka

Facebook: Wildrock Campsite Perak

Jika mahu bercuti ke Johor, apa kata pertimbangkan untuk berkhemah di tepi pantai yang cantik di Eco Bay Beach Resort.

Cerita Hasriah Al-Haniff dalam akaun Facebooknya, beliau berkongsi pengalaman berkhemah di resort tersebut yang terletak di Tanjung Sedili, Johor.

No Image Caption

Kawasan agak privasi dengan pemandangan laut yang memang sesuai untuk tapak khemah dengan kemudahan parking, tandas yang cantik, air bersih dan tong sampah.

Jangan risau bab makanan kerana terdapat kedai mini yang menjual makanan ringan dan ais, selain kemudahan pondok atau gazebo serta point plug.

Eco Bay Beach Resort

Alamat: Lot 1532, Jalan Teluk Mahkota, Jalan Kampung Sedeli Kecil - Tanjung Sedeli, Kampung Tuanseh, Tanjung Sedeli, Johor

Caj: Bermula RM10 hingga RM50 (deposit RM50)

Kemudahan: Tapak khemah, tandas, parking, gazebo, point plug dan kedai mini

Facebook: Eco Bay Beach Resort

Jika tak mahu healing jauh-jauh, bolehlah usha Yaka Campsite yang terletak di Negeri Sembilan.

Pilihan Akma Omar sekeluarga untuk percutian sempena cuti sekolah boleh dijadikan panduan buat mereka yang merancang untuk berlibur dengan aktiviti outdoor.

No Image Caption

Tidak jauh dari kawasan Lembah Klang, hanya sejam perjalanan ke Hill Top Eco Deer Ranch Broga Hill.

Selain tempat yang cantik, sejuk dan tenang, paling penting ialah panorama indah.

Kemudahan lengkap seperti tapak khemah, tandas, point plug untuk setiap tapak dan tempat yang best untuk tenangkan fikiran bersama famili serta kawan.

YAKA Campsite

Alamat: Hill Top Eco Deer Ranch, Jalan Broga, Lenggeng, Negeri Sembilan

Caj: Bermula RM60 hingga RM700

Kemudahan: Banyak pilihan tapak khemah, tandas dan point plug

Facebook: YAKA Campsite

Satu lagi tempat cantik yang disyorkan ialah di Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Kawasan tapak khemah berpasir yang cantik tanpa perlu pergi ke pantai.

Arefiey Fairof dalam akaun Facebook berkongsi pengalaman berlibur di Dusun DZ yang menawarkan tapak mesra kanak-kanak untuk bermain air.

No Image Caption

Kemudahan sungai yang cantik dan berpasir, ditambah kawasan tapak berpagar membuatkan para ibu bapa lebih happy untuk membiarkan anak-anak beriadah sampai puas.

Kawasan dusun yang tenang dan kalau kena pada musimnya, memang jackpotlah dapat makan buah-buahan tempatan pada harga murah.

Dusun DZ

Alamat: Lot 882, Kampung Kemin, Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Caj: Bermula RM50

Kemudahan: Kolam mandi, surau, tapak khemah yang cantik dan point plug

Facebook: Dusun DZ

Terakhir sekali, EcoTree Camp yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Tapak khemah semi wild tersebut sesuai buat mereka yang ingin jauh daripada kesibukan kota atau mahu lari sekejap untuk healing di dalam hutan.

No Image Caption

Kongsi Shafriza Shah, ia antara lokasi yang dapat bonding time bersama keluarga dengan kemudahan sungai yang mesra kanak-kanak.

Kawasan yang sejuk tanpa perlu kipas, selain kemudahan tandas yang dekat dengan vibe kampung.

Tapak khemah yang selesa dikelilingi pokok yang redup dan menenangkan, selain dekat dengan alam semula jadi.

Ecotree Camp

Alamat: Kompartmen 75 & 76, Hutan Simpan Ulu Langat, Jalan Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor

Caj: Bermula RM30 hingga RM200

Kemudahan: Tapak khemah yang bersih, tandas, parking, sinki, point plug dan surau

Facebook: Ecotree Camp, Semungkis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang