Ikan bakar letak susu pekat? Pelik, tetapi sedap! Wanita ini kongsi resipinya

No Image Caption
A
A
A

SELALU kalau nak makan ikan bakar mesti terbayang perapan ikan yang pedas, cicah pula dengan air asam atau sos.

Lain pula dengan menu satu ini, ikan bakar dilumur dengan susu pekat dan marjerin? Mungkin yang pertama kali lihat akan terbit pelbagai persoalan di minda. Mana tidaknya, tak terbayang dek fikiran bila tiba-tiba muncul elemen manis pada ikan bakar. Kan?

Namun, lain pula bagi yang pernah merasai sendiri menu paling viral di Kuala Perlis ini. Sekali makan, buat mereka teringat-ingat! Mujurlah ada rakan kita ni, Rozmaliza Omar berkongsi resipi di laman Facebooknya. Jadi, tak perlulah setiap kali teringin nak makan je perlu jejakkan kaki ke sana! Buat sahaja sendiri, memang puas hati. Siapa yang pertama kali nak rasa tu, jom cuba!

Resipi ikan bakar kuala Perlis

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap/ apa-apa ikan yang suka
  • 3 sudu besar marjerin/ butter
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan santan pekat (saya guna kara)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam

No Image Caption

Cara-caranya

  1. Masak semua bahan di atas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.
  2. Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya boleh tutup api. Ketepikan.
  3. Ikan dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
  4. Bakar ikan dengan api sederhana. Setelah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil dibakar lagi. Bila sudah nampk bersalut elok boleh diangkat.

Hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik. Siap!

Lepas ni tiada alasan la nak makan ikan bakar ni je kena pergi Kuala Perlis!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang