Dari dapur tempatan ke empayar francais – Ahmad’s Fried Chicken rai cawangan ke-45 bersama Safee Sali

No Image Caption
A
A
A

NAMA Ahmad’s Fried Chicken mungkin kedengaran biasa di telinga pencinta ayam goreng tempatan, tapi siapa sangka jenama yang bermula kecil itu kini sudah melangkah ke cawangan ke-45.

Lebih istimewa, majlis perasmiannya di Seksyen 19, Shah Alam baru-baru ini turut disempurnakan oleh pemain bola sepak negara, Safee Sali, yang kini turut sinonim dengan semangat juang dan kejayaan anak tempatan.

Sebaik melangkah ke lokasi, suasananya terasa meriah, aroma ayam goreng rangup yang menyapa, gelak tawa kanak-kanak yang sibuk mewarna, dan wajah ceria pelanggan setia yang hadir memeriahkan majlis.

Inilah antara momen yang menggambarkan jiwa sebenar Ahmad’s yang mesra komuniti dan penuh nilai kekeluargaan.

Menurut pengasasnya, Taufik Khairuddin, pembukaan cawangan ke-45 ini bukan sekadar angka, tetapi satu simbol perjalanan panjang Ahmad’s membina jenama makanan segera tempatan yang mampu berdiri sama tinggi dengan nama antarabangsa.

“Kami percaya setiap kejayaan bermula dengan semangat dan kerja keras. Safee Sali mewakili nilai itu, seorang pejuang di padang, seperti kami yang berjuang di dunia perniagaan untuk bawa cita rasa Malaysia ke tahap tertinggi,” katanya dengan penuh semangat.

No Image Caption

RASA ASLI MALAYSIA

Visi Ahmad’s jelas, mahu terus memperkukuh francais sambil mengekalkan rasa asli Malaysia yang menjadi DNA setiap hidangan.

Sementara itu, bagi Safee Sali pula, peluang untuk bersama Ahmad’s dilihat sebagai satu penghargaan dan inspirasi buat anak muda.

“Saya melihat Ahmad’s bukan sekadar jenama makanan, tapi satu inspirasi untuk generasi muda berani melangkah dan mencipta kejayaan sendiri.

"Dengan semangat dan usaha, tiada yang mustahil,” ujar bekas penyerang Harimau Malaya itu.

Majlis perasmian tersebut bukan sekadar acara simbolik. Pelbagai aktiviti menarik disusun bagi mendekatkan Ahmad’s dengan komuniti setempat seperti pertandingan mewarna untuk si cilik, permainan roda hadiah dengan pelbagai ganjaran menarik dan cabutan bertuah untuk pelanggan bertuah.

Kini dengan lebih 40 cawangan di seluruh negara, Ahmad’s Fried Chicken kekal komited memperluas empayar francaisnya tanpa mengorbankan kualiti dan keaslian rasa.

Daripada dapur kecil kepada jenama yang semakin dikenali, Ahmad’s membuktikan bahawa cita rasa tempatan mampu mencipta nama besar, asalkan dibina dengan keikhlasan dan kerja keras.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang