Dari Go-kart hingga pound class, Karnival Siang Malam Karangkraf tawar aktiviti cergas untuk komuniti!

BAYANGKAN deruman enjin go-kart memecah suasana, jeritan semangat di gelanggang street soccer dan rentak muzik rancak pound class yang buat semua ikut bergoyang.
Inilah antara denyut nadi utama Karnival Siang Malam Karangkraf 2025, sebuah pesta komuniti yang bukan sahaja meriah, tetapi juga menyuntik semangat kecergasan dalam kalangan anak muda.
Bertempat di perkarangan Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam dari 25 hingga 27 Julai itu, karnival tersebut bukan sekadar pesta makan dan hiburan semata-mata.

Ia turut mengetengahkan gaya hidup sihat dengan menyediakan pelbagai aktiviti lasak yang mampu menguji stamina, semangat berpasukan dan fokus dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Aktiviti seperti go-kart bukan sahaja menarik minat peminat kelajuan, tetapi juga membantu melatih refleks dan tumpuan anak muda.
Sementara street soccer dan bola keranjang pula menjadi ruang anak-anak muda mengasah skil, semangat kesukanan dan disiplin dalam pasukan kecil yang kompetitif tetapi mesra.
Demikian juga dengan pound class, senaman ala-ala menari sambil ‘drumming’ ini memang tengah tular!
Ia bukan sekadar mengeluarkan peluh, tetapi menjadi sesi terapi untuk melepaskan tekanan dan menceriakan suasana.

Mana tahu, daripada sekadar suka-suka, boleh jadi rutin kecergasan baharu?
Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 bukan hanya tentang hiburan, ia medan untuk membina komuniti yang lebih sihat, aktif dan penuh tenaga.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang