Haunted Highlands di Resorts World Genting — Seram, eksklusif dan sarat pengalaman mistik!

No Image Caption
A
A
A

KABUS tebal yang menyelubungi puncak Genting Highlands bukan sekadar dingin, tapi penuh misteri dan debaran!

Resorts World Genting kembali mencipta keghairahan seram melalui festival Halloween Haunted Highlands yang berlangsung dari 10 Oktober hingga 9 November 2025. Selama sebulan penuh, lokasi pergunungan itu akan bertukar menjadi dunia ghaib yang menggabungkan mitos, budaya Timur-Barat dan pengalaman menyeramkan yang menguji keberanian pengunjung.

Ketika senja berlabuh, Gohtong Way diselubungi cahaya tanglung merah berkelipan dan labu berwajah ngeri. Di setiap sudut, jaring labah-labah, patung hantu, dan aroma misteri udara pergunungan mewujudkan suasana seram yang memukau.

Inilah laluan ke Jambatan Jiwa Sesat, pintu masuk ke alam sumpahan Meng Po, penjaga dunia bawah tanah. Di sinilah pengunjung akan ‘diuji’ oleh Eliksir Pelupa, kononnya penentu nasib sama ada mereka bakal menyeberang ke dunia manusia atau kekal di Alam Sana.

Namun, kemuncak sebenar terletak pada Rumah Hantu Haunted Highlands, yang tahun ini tampil dengan tema baharu, kisah cinta terlarang dan pengantin yang hilang. Berlokasi di Crazy 88s Cocktail Den, rumah hantu ini bukan sekadar laluan gelap berliku, tetapi misi menyingkap misteri.

Dengan sekeping kad jemputan, pengunjung perlu mencari petunjuk untuk menyatukan dua jiwa malang itu atau dihukum merayau dalam kegelapan buat selama-lamanya.

No Image Caption

KARNIVAL MISTERI 

Tidak cukup dengan itu, bersiap sedia untuk bertemu Bonediddy, si pengusik maut yang menjadi ‘ikon’ festival kali ini. Dengan senyum serong dan tawa sinis, watak ini berkeliaran mencari ‘mangsa’ untuk digertak.

Suasana tambah hidup apabila kawasan festival bertukar menjadi karnival misteri dipenuhi makanan bertema seram, muzik dan pertunjukan jalanan.

Antara hidangan wajib cuba termasuk Haunted Vampire Beef Burger, Spider Web Pumpkin Soup dan Ayam Mini Bloody Hell Spices di Trattoria Il Lago. Jangan lepaskan minuman

eksklusif seperti Zombie Bite dan Haunted Night Cocktail atau moktel Meng Po Tang.

Menjelang malam, suasana bertukar riuh dengan Dead Man March-ing yang menggamatkan jalanan melalui muzik, tarian dan aksi menyeramkan. Setiap Khamis hingga Sabtu, pengunjung bakal disajikan persembahan berbeza, dari gaya teater seram hinggalah aksi jalanan yang membuat jantung berdegup laju.

Bagi yang mahu ‘bertransformasi’, ruang solekan bertema Halloween turut disediakan, lengkap dengan ruang foto seram dan barangan edisi khas untuk dijadikan kenangan.

No Image Caption

Jika sukakan cabaran, jangan lepaskan tarikan khas seperti Planet of the Apes, Independence Day: Defiance dan ESD Global Defender yang dibuka dari jam 6 petang hingga 9 malam setiap Khamis hingga Sabtu.

Menariknya, masuk ke kawasan festival ini adalah percuma, dengan akses mudah melalui SkyAvenue Gateway, Zouk Atrium, Park Avenue Lounge dan Arena of Stars.

Layari rwgenting.com dan platform media rasmi Resorts World Genting.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang