Naik London Bus RM2 jer di Karnival Karangkraf – Anak teruja, mak ayah pun seronok!
JIKA selama ni kalian lihat bas dua tingkat warna merah tu dalam filem atau drama, nah… sekarang dah boleh feeling macam pelancong tanpa perlu terbang ke luar negara!
London Bus sebenar. Ya, double-decker yang ikonik itu akan berada di Karnival Siang Malam Karangkraf, 25 hingga 27 Julai ini!
Lebih menarik lagi, ibu bapa dan anak-anak boleh naik sama-sama dan nikmati pengalaman pusing-pusing sekitar kawasan karnival dari atas bas dua tingkat. Macam dalam poskad London!
Bagaimana pula dengan harga? Jangan bimbang, tak mahal pun, RM2 je seorang, tapi kenangan yang dibawa pulang tu mahal nilainya.
Anak-anak pasti teruja dapat duduk di tingkat atas sambil melihat karnival dari sudut berbeza. Ibu bapa pula boleh rileks kejap sambil rakam gambar kenangan keluarga.
Ini bukan sekadar naik bas. Ini peluang untuk cipta memori keluarga yang akan dikenang anak-anak bila mereka besar nanti.
Mungkin ini kali pertama mereka tengok dan naik London Bus, dan mungkin juga jadi kenangan paling manis cuti hujung minggu kali ni.
Pada masa sama, London Bus bukan satu-satunya tarikan. Sepanjang tiga hari penuh keseronokan di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam ni, ada macam-macam aktiviti menarik untuk seisi keluarga:
Maze Gergasi – nak test fokus dan kerjasama anak-anak
Rumah Hantu – untuk yang berani, tapi jangan sampai mimpi!
Go-Kart Mesra Keluarga – ibu pun boleh drift sikit-sikit
Buku & Kopi – lepak santai sambil isi ilmu
Pasar Saloma – beli-belah sampai puas
Cabutan Bertuah – hadiah bernilai ribuan ringgit menanti!
Ingat tarikh penting ini, 25 hingga 27 Julai 2025, bermula 9 pagi hingga ke 12 tengah malam, bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Bawa anak-anak, panggil jiran tetangga, ajak satu keluarga besar, sebab Karnival Siang Malam Karangkraf kali ini memang penuh dengan vibe keluarga, komuniti dan keseronokan.
Jumpa di sana. Jangan lupa naik London Bus ya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
