Percutian alam menakjubkan, detik indah pelepasan anak penyu ke laut

A
A
A

APABILA sebut tentang bercuti, ramai yang terus membayangkan suasana pantai, bunyi deruan ombak dan angin laut yang mendamaikan.

Jika anda sedang mencari destinasi short getaway yang tidak terlalu jauh tetapi cukup istimewa, Royale Chulan Cherating memang patut ada dalam senarai.

No Image Caption

Terletak di Pantai Cherating, Pahang, resort itu bukan sahaja menawarkan suasana percutian yang tenang, malah sesuai untuk keluarga, pasangan pengantin baharu mahupun kumpulan kawan-kawan yang mahu lari seketika daripada kesibukan kota.

Keistimewaan utama lokasi tersebut adalah menyediakan penginapan yang eksklusif serta menekankan privasi. Di sini terdapat beberapa unit villa yang mampu memenuhi keperluan tetamu.

Bagi keluarga, Family Villas yang boleh memuatkan empat orang tetamu dalam satu villa merupakan pilihan tepat kerana ruangnya luas dan selesa untuk berkumpul bersama anak-anak.

Bangun pagi di villa ini, anda hanya perlu melangkah keluar ke balkoni untuk menikmati pemandangan pantai yang membentang indah di hadapan mata.

No Image Caption

Sementara itu, bagi pasangan pengantin baharu, One-Bedroom Villas pula menjadi lokasi sempurna untuk berbulan madu. Suasananya lebih romantis, dekorasinya elegan dan cukup privasi untuk mencipta kenangan indah.

Bercuti di sini juga tidak pernah membosankan kerana jadual aktivitinya penuh dengan tarikan alam semula jadi yang mendidik dan menyeronokkan.

Seawal pagi, tetamu boleh memulakan hari dengan Mangrove River Cruise. Pelayaran menyusuri hutan paya bakau memberi peluang untuk melihat akar kayu bakau yang unik, burung-burung liar serta suasana damai yang jarang dapat dinikmati di bandar.

No Image Caption

Menjelang tengah hari, aktiviti air seperti stand up paddle dan kayak menanti untuk dicuba. Sama ada anda mahu menguji keseimbangan di atas papan atau sekadar berkayak santai, kedua-duanya memberi pengalaman yang menyeronokkan.

Selepas puas beraktiviti, hidangan tengah hari pula boleh dinikmati menerusi promosi Family Fiesta yang berlangsung sekitar jam 1 petang. Menu yang ditawarkan cukup pelbagai, merangkumi juadah tempatan dan antarabangsa yang sesuai dengan selera semua peringkat umur.

EKOSISTEM MARIN

Selesai menjamu selera, pengalaman paling dinanti-nantikan ialah melepaskan anak penyu ke laut pada waktu petang sambil menantikan pemandangan matahari terbenam. Aktiviti itu bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga ekosistem marin dan melindungi spesies yang semakin terancam.

No Image Caption

Bagi keluarga, anak-anak pasti teruja dengan pengalaman melepaskan anak penyu dan menyusuri sungai bakau dengan menaiki Firefly Cruise.

Bayangkan ribuan kelip-kelip yang berkelipan di celah pokok bakau, seolah-olah lampu hiasan semula jadi yang cukup memukau. Inilah antara pengalaman yang jarang diperoleh di tempat lain.

Belum tamat setakat itu, kalian juga berpeluang menyaksikan penyu betina bertelur di pantai antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam. Saat melihat haiwan purba itu berjuang meneruskan kitaran hidupnya, pasti akan menjadi memori yang sukar dilupakan.

No Image Caption

Apa yang menjadikan Royale Chulan Cherating begitu unik, pastinya keseimbangan antara keselesaan moden, sambil itu menyertai pelbagai aktiviti ekopelancongan yang mendekatkan diri dengan alam.

Setiap detik yang dilalui di sini pasti meninggalkan kenangan manis. Percutian ringkas, tetapi penuh dengan memori indah yang akan dikenang selamanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang