Sinar Pyjamas Fun Walk: Larian ceria dalam pakaian tidur, siap boleh menang hadiah!

SIAPA kata larian kena pakai kasut sukan mahal dan baju ketat-ketat?
Jom tampil dengan gaya luar biasa dalam pakaian tidur! Jubah? Baju kelawar? Seluar kartun dengan penutup mata comel?
Semuanya boleh, asalkan sopan. Itu yang cuba diketengahkan menerusi SINAR PYJAMAS FUN WALK.
Lebih meriah dan bersinar-sinar busana yang digayakan turut dihiasi dengan lampu LED atau neon.
Acara paling ‘chill’ itu bakal berlangsung pada Jumaat, 25 Julai depan bermula jam 10 malam.
Bagi yang ingin menyertai larian tersebut, usah risau, jaraknya lebih kurang 3 kilometer sahaja dengan sasaran penyertaan seramai 500 orang dan terbuka kepada semua.
Lebih mengujakan, Sinar Pyjamas Fun Walk menjanjikan malam yang bukan sahaja penuh gelak tawa dan gaya pelik-pelik, bahkan peserta bertuah juga tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Cukup dua pusingan dan jangan lupa kutip kad serta nombor bertuah.

Mana tahu, ada rezeki anda malam tersebut untuk cabutan hadiah atau memenangi pakaian terbaik walaupun tengah berlari dalam pyjamas Hello Kitty!
Larian berkenaan merupakan salah satu aktiviti yang menjadi tumpuan dalam Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang berlangsung dari 25 hingga 27 Julai depan di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Karnival yang dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung sepanjang hujung minggu itu menampilkan pelbagai aktiviti meriah yang menggabungkan elemen budaya, hiburan keluarga, persembahan oleh golongan belia dan peluang keusahawanan tempatan.
Dengan matlamat menyemai semangat perpaduan dan pengalaman bersama, karnival tersebut dilihat bukan sekadar acara, sebaliknya lambang semangat perpaduan dan kepelbagaian rakyat Malaysia.
Jadi, keluarkan baju tidur paling ‘rare’ kalian, cucuk lampu neon keliling badan dan sama-sama meriahkan program larian paling unik tahun ini!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang