Temasya Oghang Kedah 2025 gabung tradisi dan gaya hidup moden, ini sebab anda tak boleh lepaskan
JIKA anda sedang mencari aktiviti menarik yang penuh dengan suasana kampung, budaya tempatan dan kenangan zaman dulu, Temasya Oghang Kedah 2025 pasti jadi pilihan terbaik.
Bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, acara yang cukup meriah ini akan berlangsung dari 31 Julai hingga 3 Ogos 2025.
Program bakal bermula seawal jam 8 pagi hingga 11 malam, jadi anda ada masa yang panjang untuk menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan.
Dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kedah Tourism dan NB Group, temasya tersebut bukan sekadar hiburan, tetapi turut membawa misi besar dalam mengangkat warisan budaya rakyat Kedah.
Tema tahun ini, “Kedah Folk’s Fiesta – Pakat Mai Meneghu”, menggambarkan semangat dan ajakan mesra untuk semua rakyat Malaysia datang bersama meriahkan acara ini.
Pelbagai tarikan budaya menanti, termasuk persembahan seni tradisional, pameran warisan, permainan rakyat dan makanan tempatan yang autentik.
Daripada zapin ke silat, pulut durian ke batu seremban, semuanya boleh dirasai di satu tempat yang sama.Malah, suasananya sangat sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak boleh belajar tentang budaya lama, ibu bapa pula boleh imbau kenangan masa kecil.
Temasya berkenaan juga melibatkan ramai penggiat seni dan budaya tempatan yang berbakat. Jadi, bukan setakat tengok persembahan, kalian berpeluang bertemu dengan figura yang aktif memartabatkan budaya negeri.
Acara itu turut disokong oleh pelbagai saluran media termasuk JKKN TV dan Visit Malaysia 2026, sebagai tanda usaha mempromosikan Kedah sebagai destinasi budaya yang wajib dilawati.
Paling penting, masuk adalah percuma. Jadi tiada alasan untuk tidak hadir. Bawa keluarga, ajak kawan-kawan, dan mari kita sama-sama raikan warisan budaya yang membentuk identiti kita.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pihak urus setia di talian 04-737 2223 atau 04-734 2776.
Jangan lupa, catat tarikhnya dan jumpa hampa semua dekat sana!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

