Formulasi ayam goreng berempah, olahan resipi rahsia rancakkan jualan Nasi Lemak Tamparuli
KEBOLEHAN memasak resipi istimewa dan pandai menjual antara formula kejayaan buat Mohd Ali Jaineh dan isterinya yang terkenal dengan sajian Nasi Lemak Tamparuli.
Populariti hidangan yang diambil sempena nama kampung halaman usahawan berusia 34 tahun yang terletak di Tamparuli, Tuaran, Sabah itu nampaknya bukan calang-calang.
Penangan nasi lemak ayam goreng berempah antara lauk laku keras mendorong pelanggannya sanggup beratur panjang sejak gerai yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor dibuka tahun 2021.
Kepada SinarPlus, Mohd Ali memberitahu, lauk ayam goreng berempah yang menjadi rebutan ramai merupakan olahan tersendiri dengan gabungan 18 rempah-ratus terpilih.
“Ramuan ayam yang diperap semalaman menjadinya lebih berempah, rangup dan menyelerakan. Berbaloi saya buat eksperimen rasa selama tiga tahun untuk mendapatkan rasa betul-betul padu.
“Selain ayam goreng berempah, pelanggan juga suka lauk sambal kerang dan paru yang kami tawarkan,” katanya yang turut menjual sembilan jenis nasi lemak di dua lagi cawangan iaitu Seksyen 13 dan Pinggiran USJ, Shah Alam.
Bukan setakat keenakan lauk yang menjadi tarikan magnet buat pelanggan, pemilihan beras import yang berkualiti tinggi, campuran beras basmathi dan pati santan segar membolehkan 500 hingga 700 bungkus terjual untuk sehari.
Tatkala ditanya bagaimana idea bernas itu tercetus, bekas pensyarah bahasa Arab itu berkata, segala-galanya bermula daripada saranan isteri tersayang, Nadia Nazmi, 35, termasuklah resipi masakan.
Antara nafkah zahir dan batin, bak kata Che Ta dua-duanya penting. Kena ada konsep give and take. ‘You bayar ini, I bayar ini...malam-malam dapat okey jer.’
Bermula dengan modal RM100, bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya menjual 44 bungkus nasi lemak daun pisang yang berharga RM1.
“Sebenarnya sebelum ini, saya berniaga di tepi jalan di Kota Samarahan, Sarawak selepas mengikut isteri yang bertugas sebagai guru di sana pada tahun 2016.
“Nak dijadikan cerita, permintaan yang tinggi mendorong saya untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya perniagaan sehingga berjaya membuka tiga cawangan pada ketika itu,” ceritanya penuh semangat.
Bagaimanapun, selepas pertukaran tempat mengajar isteri ke Semenanjung semula mendorong bapa kepada seorang anak itu menutup semua cawangan selepas lima tahun dan membuka tapak baharu di Shah Alam, Selangor.
Percaya berkat rezeki isteri dan anak, Mohd Ali nekad untuk memulakan semula perniagaan nasi lemak dengan nama Nasi Lemak Jambatan Tamparuli sebelum dikenali Nasi Lemak Tamparuli.
Urus niaga efektif
Sebagai seorang usahawan makanan yang berjaya, Mohd Ali juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan teknologi perbankan dan pembayaran digital untuk melancarkan urusan perniagaan.
Dengan Maybank QRPayBiz, anak jati Sabah itu percaya semua urusan jual beli termasuk kemasukan tunai terus ke dalam akaun lebih telus dan selamat.
“Sebagai usahawan gerai dan restoran makanan, sistem pembayaran tanpa tunai berkenaan penting kerana lebih mudah, cepat serta tidak timbul isu ketirisan wang tunai.
“Bagi saya, sistem pembayaran digital seumpama itu sangat membantu sama ada untuk pembeli atau penjual. Bahkan, saya percaya volume pembelian juga boleh meningkat,” ujarnya penuh yakin.
Justeru, sebagai ahli perniagaan yang sudah menggunakan aplikasi Maybank QRPayBiz, beliau turut mengesyorkan peniaga lain khususnya gerai untuk menggunakan perkhidmatan sama.
“Dunia urus niaga sekarang ini lebih kepada digital dan dengan kelebihan Maybank QRPayBiz, kita memberi pilihan buat pelanggan untuk membayar tanpa tunai dengan mudah.
“Sistem perbankan yang lebih diyakini dan menjimatkan masa pelanggan. Bagi saya, semua peniaga wajib ada sistem pembayaran berbentuk QR pada masa akan datang,” sarannya.
Berita baik buat semua usahawan, jangan lepaskan peluang untuk merebut RM30 bagi pendaftaran pertama Maybank QRPayBiz hanya menggunakan kad pengenalan sahaja.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang