Kafe tersembunyi taraf hotel, all day dining resipi homemade Cef Salim jadi tarikan ramai

No Image Caption
A
A
A

BAYANGKAN suasana kafe santai tapi rasa hidangan seolah-olah anda sedang menikmati makan malam di hotel lima bintang. Harga pula boleh dikatakan mampu milik dan berbaloi!

Itulah pengalaman unik yang ditawarkan Cef Salim Bahari dan isterinya, Sahlawari Norman untuk destinasi terbaharu mereka, Cafe Salim yang terletak di  Batu 5, Jalan Meru, Meru, Klang, Selangor.

Antara menu laku keras, set klasik seperti egg benedict dan omelette dan scramble egg dengan porsi jumbo yang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk sarapan stail Inggeris.

Tawaran terbaharu, Executive Set Lunch dengan menu sentiasa berubah setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 3 petang dapat memperluaskan lagi pilihan pelanggan.

Menurut Cef Salim, set makan tengah hari eksekutif tersebut ditawarkan dengan pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut pada harga RM55 sahaja.

No Image Caption

“Contohnya untuk hari ini, sajian yang dihidangkan seperti creme de brocolli sebagai pencuci mulut dan panacola sebagai pencuci mulut. Cuma untuk menu utama ada dua pilihan.

“Buat peminat stik, kami tawarkan fillet elignon yang mana daging tenderloin dimasak panggang bersama kentang bakar dan sos herba istimewa.

No Image Caption

“Jika anda lebih memilih ayam, kami sediakan ayam panggang (bahagian dada) bersama buttered vegie dan mushroom ragout,” katanya yang turut menyediakan lima jenis pasta buat sendiri.

No Image Caption

Untuk kalian yang berselera mewah tapi dalam bajet, jangan lepaskan peluang untuk mencuba stik Australian Angus Rib Eye atau Tomahawk yang premium.

Tapak baharu

Menurut anak jati Kedah itu, pada mulanya tapak premis cawangan baharu tersebut hanya beroperasi khas pada waktu malam dengan menu berkonsepkan French-Italian sejak September tahun lalu.

“Dulu kita hanya buat makan malam saja tapi bila berpindah ke sini, kita buka peluang untuk orang datang sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan suasana eksklusif serta mesra untuk semua.

No Image Caption

“Uniknya di sini, hidangan sepanjang hari bermula sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam seperti ditawarkan restoran dalam hotel atau kafe eksklusif,” katanya yang menawarkan 40 menu termasuk air minuman free flow.

Tatkala ditanya keputusan untuk berpindah ke tapak baharu, Cef Salim memberitahu, tawaran tuan tanah yang menarik dan sering berdepan isu banjir antara faktor pendorong untuk berbuat demikian.

No Image Caption

“Kalau diikutkan, tapak lama sering dinaiki air kalau hujan lebat sehingga menimbulkan keluhan para pelanggan yang datang dari jauh bila kita terpaksa tutup.

“Jadi, bila dapat tawaran untuk sewa tapak baru, kami pun ambil masa lebih sebulan untuk ubah suai dengan kos lebih RM500,000,” katanya yang menyediakan ruang dengan kapasiti lagi luas.

No Image Caption

Walaupun terletak agak tersorok di belakang jalan utama Meru, kafe berkenaan tetap penuh dengan pelanggan yang mahu merasai suasana eksklusif tanpa perlu berbelanja seperti di hotel mewah.

Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10 malam, kafe tersebut sesuai untuk pelbagai suasana iaitu daripada sarapan keluarga, makan tengah hari bersama rakan kerja hingga makan malam romantis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang