Kolaborasi Johan & Fazley untuk Itik Ke Ayam? bawa hidangan masak lemak ke mesin layan diri

No Image Caption
A
A
A

JIKA anda seorang yang gemar mencuba sesuatu yang unik dan luar biasa, maka jenama Itik Ke Ayam? pasti tidak asing lagi bagi anda.

Ditubuhkan pada 1 Oktober 2023 di Taman Melawati, Kuala Lumpur, jenama restoran ini telah berjaya mencuri tumpuan ramai dengan menu istimewa berasaskan itik dan ayam.

Di bawah naungan selebriti terkenal Johan Raja Lawak, yang sudah lebih 12 tahun mewarnai dunia penyiaran radio, Itik Ke Ayam? kini melangkah ke fasa baharu dalam dunia makanan dengan memperkenalkan produk Ready-To-Eat (RTE) melalui konsep mesin layan diri (vending machine).

Bila sebut mesin layan diri, mungkin ramai terbayangkan minuman tin atau snek ringan. Namun, Johan dan pasukannya berfikiran lebih jauh apabila menghidangkan makanan lazat, berinspirasi daripada air tangan cef terkemuka, hanya dengan satu sentuhan butang.

No Image Caption

Itik Ke Ayam? Vending kini sudah mula beroperasi di empat lokasi strategik iaitu AEON BIG Seksyen 23 Shah Alam, AEON BIG Ampang, AEON BIG Wangsa Maju dan AEON BIG Tun Hussein Onn.

Bukan sekadar memudahkan pelanggan mendapatkan makanan berkualiti dengan pantas, langkah ini juga membuka dimensi baharu dalam industri makanan segera di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, bagi memastikan setiap hidangan mencapai piawaian premium, Johan telah bekerjasama dengan MasterChef Selebriti Malaysia, Cef Datuk Fazley Yaakob.

Jika anda masih ingat lagu "Asmara Ini" yang pernah menjadi siulan ramai, kini Cef Datuk Fazley kembali dengan sentuhan rasa yang lebih mengasyikkan kali ini dalam hidangan istimewa.

No Image Caption

Dua menu pertama yang diperkenalkan ialah Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Resipi ini bukan calang-calang, ia pernah memenangi pelbagai anugerah sebelum dijadikan produk ready to eat .

Gabungan rasa berkrim dan pedas yang menyelerakan ini bukan sahaja memberi kepuasan kepada penggemar masakan tradisional, malah ia juga mengangkat makanan sedia dimakan ke satu tahap yang lebih premium.

Langkah ini hanyalah permulaan. Dalam masa setahun, Itik Ke Ayam? mensasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 100 mesin layan diri di lokasi strategik seperti cawangan AEON, Lotus’s, dan pasar raya lain di seluruh Malaysia.

Lebih menarik, peluang ini juga bakal dibuka kepada usahawan dan penggiat seni yang ingin menyertai perniagaan berasaskan mesin layan diri.

Johan bukan sekadar mencipta jenama makanan, beliau juga membentuk satu revolusi baharu dalam cara kita menikmati hidangan enak dengan lebih mudah dan pantas.

No Image Caption

Jadi, adakah anda #TeamItik atau #TeamAyam? Tak kira pilihan anda, yang pasti, Itik Ke Ayam? bakal menjadi fenomena dalam dunia makanan sedia dimakan di Malaysia!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang