Warisan lebih 70 tahun, Nur Popiah tampil olahan resipi tersendiri bikin ramai tertawan

No Image Caption
A
A
A

BUKAN mudah untuk mempertahankan perniagaan warisan. Apatah lagi, tempoh lebih 70 tahun, namun Nur Popiah berjaya merentasi zaman demi menawarkan popiah basah terbaik buat pelanggannya.

Berpangkalan di Padang Brown, Jalan Johor, George Town, Pulau Pinang, warung Bumiputera yang diusahakan Muslimah Helmi dan suami bersama dua anaknya itu sentiasa menjadi pilihan ramai.

Mana tidaknya, sinar populariti tapak gerai yang diusahakan oleh keluarga mertua sejak lebih tujuh dekad tidak pernah pudar dek kerana olahan resipi tersendiri.

No Image Caption

Popia basah dengan inti sengkuang tumis air, salad segar, isi tauhu, sambal istimewa dan bawang goreng buatan sendiri membuatkan ramai tertawan.

Barangkali berbeza dengan popia basah di tempat lain, setiap kepingan dipotong kecil dan dibubuh kuah, sebelum dioles dengan sambal dan taburan bawang goreng yang rangup.

Padanlah, lebih 100 keping laris terjual setiap hari dan boleh mencecah lebih 200 keping pada hujung minggu membuatkan empat beranak itu tak menang tangan.

Berkongsi keunikan resipi tersebut, Muslimah akui, selain 50 kilogram sengkuang segar yang menjadi inti popia, sambal homemade antara pencetus keenakan rasa yang membuatkan ia sangat popular.

Bermula jam 8 pagi, segala persiapan dilakukan sendiri sambil dibantu suami dan anak sebelum memulakan operasi perniagaan pada jam 2 petang hingga 6.30 petang.

No Image Caption

“Nak masak sambal cabai (cili) memang ambil masa lebih kurang dua jam supaya betul-betul sempurna dan rasanya lagi menggiurkan. Apa buat lagi ekstra enak, bawang goreng rangup yang kami buat sendiri.

“Bila pelanggan kata popia sedap dan tak basi walaupun makan keesokan harinya, saya syukur sangat. Itulah antara komen menyeronokkan yang banyak orang kongsikan bila beli popia kami,” ceritanya kepada SinarPlus.

Ujar usahawan berusia 54 tahun itu, beliau bertuah kerana dapat mempelajari ilmu memasak daripada bapa mertuanya selepas berhenti kerja sebagai operator kilang pada tahun 2002.

“Lebih kurang tiga tahun lamanya saya belajar masak resipi istimewa popia supaya rasanya kekal sama.

“Bila bapa mertua meninggal dunia pada tahun 1996, dan lima tahun selepas itu, ibu mertua pula menyusul, saya dan suami meneruskan legasi Nur Popiah ini sebab sayangkan warisan keluarga,” kata suri hati kepada Fazli Sulaiman, 45.

Tipulah kalau sesuatu perniagaan itu tiada pasang surutnya. Begitu juga wanita berasal dari Palembang itu yang tanpa berselindung memberitahu, beliau sekeluarga pernah berdepan badai cabaran dalam dunia bisnes yang cukup berat.

Percaya sifat ikhlas dan bertanggungjawab sangat penting dalam menyediakan tempahan pelanggan membuatkan Muslimah sekeluarga sentiasa positif dengan ujian yang mendatang.

No Image Caption

“Saya percaya jika kita sentiasa ikhlas dan amanah, insya-ALLAH semuanya akan dipermudahkan Ilahi. Lagi satu, muliakan ibu bapa kita juga asbab rezeki sentiasa murah.

“Selain suami dan anak-anak penyuntik semangat, mahu menjaga kebajikan ibu saya di kampung juga antara pendorong untuk saya terus kuat bekerja,” ungkapnya lagi.

Bisnes lebih lancar

Akui Muslimah, sejak penggunaan sistem perbankan digital, aplikasi Maybank QRPayBiz pada tahun ini, urus niaga warungnya menjadi semakin lancar dan selamat.

Selain memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran, beliau juga lebih senang hati kerana tidak perlu memegang wang tunai yang banyak pada satu-satu masa.

“Sebenarnya, pelanggan yang syorkan untuk kami sediakan aplikasi pembayaran menggunakan kod QR supaya mereka senang nak bayar. Lagi-lagi zaman sekarang ramai sukakan pembayaran tanpa tunai.

“Jadi, anak yang uruskan dan alhamdulillah pelanggan pun seronok bila membeli sebab tak perlu nak keluarkan duit tunai. Semuanya pakai telefon pintar saja,” katanya dengan nada ceria.

No Image Caption

Terbukti Maybank QRPayBiz memudahkan pelanggan dan peniaga, Muslimah juga tidak ketinggalan menyarankan peniaga kecil yang lain untuk mendapatkan aplikasi sama untuk bisnes mereka.

Buat usahawan yang pertama kali membuat pendaftaran Maybank QRPayBiz, mereka berpeluang untuk menikmati RM30 dengan hanya menggunakan kad pengenalan sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang