Ada rasa tersendiri, kek belacan gamit nostalgia masyarakat Sarawak!

No Image Caption
A
A
A

KEK belacan, juadah unik dari Sarawak. Bagi yang pertama kali mendengar namanya mungkin rasa pelik, namun sebenarnya resipi itu tidak sama sekali mengandungi belacan.

Sebaliknya, kek kukus dari negeri Bumi Kenyalang itu dikenali kerana teksturnya yang lembap, warna dan rupanya yang seakan-akan belacan menjadi sebab ia diberi nama sedemikian.

Dengan cara penyediaannya yang unik dan rasanya yang istimewa, hidangan tersebut juga menjadi simbol kepada tradisi kulinari negeri yang kaya dengan juadah autentik.Sinarplus sempat menemu bual anak jati Sarawak dan juga pembuat kek belacan, Vivian Edward. Beliau yang gemar bereksperimen ketika memasak mengakui, kek itu cukup terkenal di Sarawak terutamanya musim perayaan.

"Semuanya bermula dari hobi sahaja. Setiap kali ada masa lapang, saya akan cuba resipi yang diperoleh melalui media sosial."Jika menjadi, saya akan kongsikan hasil masakan tersebut kepada rakan dan keluarga. Mendengar maklum balas yang positif daripada mereka membuatkan saya mula berjinak-jinak dalam penjualan kek tersebut," kata beliau yang menjual pelbagai jenis kek dan biskut.

No Image Caption

No Image Caption

Pun begitu, wanita berusia 34 tahun yang bekerja sepenuh masa ini memberitahu hanya membuat kek jika ada tempahan sahaja.

Pun begitu, sambutan cukup menggalakkan sehingga beliau tidak menang tangan. Lebih-lebih lagi apabila menjelang musim perayaan sehinggakan beliau terpaksa bersengkang mata dan tidak cukup tidur demi menyiapkan tempahan pelanggannya.

Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, Vivian mengharapkan bakatnya dalam bidang itu lebih berkembang dan dikenali ramai.

Pada masa yang sama, pemilik akaun Tiktok, Kitchen Creations By Vians itu juga berharap, resipi yang dikongsikan bersama dapat memberikan manfaat kepada semua.

Resipi kek belacan Sarawak

Bahan-bahan:

227 gram mentega masin (golden churn)

25 gram gula

190 gram susu pekat manis

90 gram kaya

5 biji telur gred A

100 gram horlick

25 gram serbuk koko

100 gram milo

125 gram tepung pau

25 milimeter gula perang

1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan susu pekat manis dan kaya. Gaul sebati.

2. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan, gaul sebati.

3. Kemudian, masukkan tepung dan serbuk koko. gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan gula perang dan juga esen vanila. Gaul sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang 7x7 dan kukus selama tiga jam.

6. Siap untuk dihidang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang