KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat.

Keberangkatan baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menjadi perhatian warga maya. Menerusi sekeping foto dikongsi Bernama, baginda sempat melambai ke arah ahli dewan.

Rata-rata teruja penampilan Seri Paduka baginda berdua. Sultan Ibrahim memakai pakaian istiadat berona putih manakala Raja Zarith Sofiah pula memakai sepersalinan kurung moden renda kuning keemasan.

Baca juga: [20 FOTO] Daulat Tuanku! Sultan Ibrahim rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17

Baca juga: Graduan universiti terkemuka Oxford, fasih berbahasa Mandarin, Perancis & Itali, 10 fakta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

Tidak kurang yang menzahirkan sokongan terhadap titah baginda berkaitan isu perpaduan antara kaum dan peranan ahli parlimen dalam membela rakyat.

Baca juga: Tarikh pertabalan simpan kenangan sedih, Raja Zarith Sofiah imbau kemangkatan ayahanda 40 tahun lalu

Ujar mereka:

– “Wow jarang-jarang nampak Tuanku memakai baju istiadat berwarna putih. Look nice.”

– “Raja Permaisuri tidak pakai Gendik Diraja, mungkin belum berlangsung istiadat pertabalan lagi.”

– “Well said. We need an iron fist ruler.”

– “Daulat Tuanku. Titah yang sangat bermakna. Agama Islam agama rasmi yg tidak boleh dipertikaikan, perpaduan, bahasa Melayu bahasa kebangsaan rasmi yang perlu diingatkan.”

PERPADUAN

Dalam pada itu, baginda bertitah setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna.

Titah baginda, ia berlaku kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain.

“Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

“Saya juga menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan Raja, kaum dan agama,” titah baginda.

Baca juga: Muzik medium penyatuan kaum

ISLAM AGAMA RASMI

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah perlembagaan negara telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan terus dikekal pelihara.

Iklan

“Namun begitu, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam.

“Oleh itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menggugat atau mempolitikkan asas perlembagaan ini,” titah baginda.

Baca juga: Tiada lagi subsidi & kawalan harga ayam, tamat 1 November, 10 info perlu tahu

Baca juga: 6,890 guru bersara pilihan pada 2022 & 2021, ini syarat Cikgu Mohd Fadli sebelum akhiri profesion perguruan

TUGAS AHLI PARLIMEN MEMBELA RAKYAT

Sultan Ibrahim juga bertitah menegaskan sekiranya ada pihak yang hendak bermain politik, mereka perlulah menunggu pada masa pilihan raya akan datang.

“Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana. Oleh itu, saya berharap semua ahli yang berhormat akan menumpukan usaha untuk membela nasib mereka, bukannya untuk kepentingan parti politik atau diri sendiri,” titah Seri Paduka Baginda.

Iklan

Dalam pada itu, baginda memberi peluang kepada barisan pemimpin untuk menjalankan tugas dengan berwibawa dan sentiasa merasai denyut nadi rakyat.

“Ucapan saya hari ini juga, lebih halus kalau dibandingkan dengan ucapan saya di Johor. Saya bagi peluang supaya tidak ada yang yang tersinggung tapi akan datang harap berjaga-jaga,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun lepas dengan adil dan bijaksana.

Al-Sultan Abdullah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lepas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!