10 rumah anak yatim, anak asnaf dan warga emas terima korban KPKU, KOSISWA USIM

Untitled design - 2020-08-04T174410.432
Untitled design - 2020-08-04T174410.432
A
A
A

IBADAH korban telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Klinik Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - (KPKU) Bersama-sama Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (KOSISWA USIM) baru-baru ini.

Sedia maklum bahawa Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU) adalah sebuah klinik swasta. Begitupun mereka seringkali menyantuni hal kemasyarakatan.

Bukan sahaja berfokuskan keuntungan bagi perniagaan penjagaan kesihatan, sebagai contoh, sempena Hari Raya Aidiladha, KPKU berpeluang menjalankan program Korban Bersama KOSISWA USIM pada tarikh 2 Ogos lalu.

Bukan mudah menjalankan ibadah korban ini semasa musim Covid-19 ini, ada SOP yang perlu dipatuhi. Itu kata Pengarah Perubatan, Klinik Pakar Kesihatan USIM, Prof Madya Dr Mohd Radzniwan A.Rashid.

"Semuanya bermula apabila perbincangan melalui aplikasi WhatsApp bersama KPKU yang diwakili oleh saya bersama dengan Pengerusi KOSISWA USIM, Dr Anuar Sani berlangsung bagi memikirkan cara terbaik bagi membolehkan ibadah ini dijalankan semasa musim Covid-19 ini.

"Pada Ketika itu Dr Anuar Sani giat mencari para dermawan yang baik hati untuk menjalankan ibadah korban. Perbincangan singkat di atas talian itu terus direlisasikan dengan terhasilnya program “Korban Bersama Kosiswa dan Klinik Pakar USIM"," katanya kepada SinarPlus hari ini.

Menurutnya, tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan menjalani kehidupan mendapat merasai daging korban. Mereka yang dimaksudkan adalah anak yatim, anak asnaf dan warga emas.

Gerak kerja pihaknya bermula sebulan sebelum Hari Raya Aidiladha yang mana program ini dihebahkan di pelbagai media sosial. Tujuannya murni yang mana bahagian korban disedekahkan kepada anak yatim, anak asnaf dan warga emas.

"Pada akhirnya kami berjaya mengumpul 84 orang penderma yang akan menjalankan ibadah korban. Bagi Klinik Pakar Kesihatan Usim, kami mencari rumah-rumah yang berkaitan bagi tujuan ini. Bagi pihak KOSISWA USIM pula, mereka ditugaskan untuk menguruskan penjagaan lembu di lading yang terletak di Ladang Satelit Kg Kuala Jerang Jelebu, Negeri Sembilan serta proses-proses pengurusan seperti tempat sembelihan, permit dan juga penghantaran daging korban.

"Walau apapun cabaran yang berlaku semasa menjalani program tersebut, kami merasa sangat puas kerana ia memberi peluang kepada yang ingin melakukan ibadah korban di masa pandemik Covid-19 yang banyak membataskan perlaksanaan korban berbanding sebelum ini yang bebas dan lebih meriah," ujar Dr Mohd Radzniwan.

Sebanyak 15 ekor lembu selesai disembelih. Daging-daging itu kemudiannya dipotong dan dibungkus ke dalam bungkusan yang mana setiap satunya seberat satu kilogram.

Sebanyak 10 buah rumah anak yatim, anak asnaf dan warga emas berjaya dikumpulkan dan datang untuk mengambil bahagian mereka masing-masing. Antaranya:

1. Baitus Sakinah, Jalan Warisan Indah 8/6, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

2. Rumah Baitul Sakinah, 11 jln Warisan Megah 1/3, kota Warisan, Sepang, Selangor

3. Rumah Anak Yatim Aminan, Gedong Lalang, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan

4. Baitul Barokah Wal Mahabbah, 979, Jalan Haji Borhan, Kampung Giching , Sepang, Selangor

5. Rumah anak yatim Al-Khair, No 449, Jalan Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan

6. Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Miskin Negeri Sembilan (Peyakin), Pedas, Negeri Sembilan

7. Pusat Jagaan (warga emas) Nur Hasanah, Beranang, Selangor

8. Rumah Barokah Wa Rahmah, lot 4808, Jln NSV 2/4, Nilai, Negeri Sembilan

9. Rumah Anak Ku Sayang Al-Rayyan, 1013, Persiaran Semarak 2, Tmn Panchor Jaya, Seremban, Negeri Sembilan

10. Rumah Baitul Barokah Ummul Qura, Enstek, Negeri Sembilan

"Kami amat bersyukur kerana usaha ini mengukir senyuman kepada semua pihak termasuk pekerja kami.

"Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Paling penting, segala SOP yang disarankan telah kami lakukan demi membantu pihak kerajaan membendung penularan wabak covid-19 umumnya di Malaysia," ujar Dr Mohd Radzniwan dan Dr Anuar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca