JIKA seseorang mengalami renjatan elektrik, mereka menghadapi bahaya yang serius.

Kejutan elektrik boleh menyebabkan terbakar atau tidak boleh memberi tanda yang jelas pada kulit.

Biasanya, arus elektrik yang melalui badan boleh menyebabkan kerosakan dalaman, mengganggu fungsi jantung atau kecederaan lain sekali gus membawa maut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seperti kejadian di Ipoh, Perak, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja menyelenggara lampu spotlight atau lampu sorot di sebuah taman air.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 12.45 tengah hari semalam, mangsa yang juga juruteknik itu sedang menjalankan kerja berkenaan berhampiran salah sebuah kolam mandi di situ yang sering tidak berfungsi.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Supian Alias, ini fakta tentang kejadian maut tersebut;

1. Mangsa ditemukan terjatuh ke dalam air dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh rakan sekerjanya.

2. Daripada siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa telah bekerja selama empat tahun sebagai seorang juruteknik di taman teman air tersebut.

3. Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 1.48 tengah hari pada hari yang sama.

Iklan

Risau elektrik melambung ketika cuaca panas? Ini panduan jimat TNB

4. Susulan dari siasatan awal yang dijalankan, JKKP Perak telah mengeluarkan arahan larangan kacau ganggu sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak majikan.

5. Satu notis larangan telah dikeluarkan kepada majikan kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja penyelenggaraan peralatan elektrik,

6. JKKP Perak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

7. JKKP negeri turut memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.

8. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.

Baca juga : Wanita Terengganu dakwa temui muntah ikan paus, 6 fakta mengenainya

Iklan

9. Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.

10. Hal demikian bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelak berlakunya kemalangan.

11. Kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).