2.3 juta tontonan, gadis bertudung penari lion dance tular, siap buat aksi lompat!

A
A
A

AKSI seorang gadis bertudung membuat persembahan tarian singa tular di laman sosial.

Tarian singa atau lion dance sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tak lama lagi.

Mesti banyak tempat meriah dengan persembahan tarian singa kan? Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok @ahpeng2830 aksi seorang gadis berhijab menjadi salah seorang penari yang memakai kostum singa.

Baca juga: [VIDEO] Pemuda dapat serangan balas ketukan kuali macam tarian singa bikin terhibur

Dia juga bertindak menjadi penari pada bahagian hadapan yang memegang kostum kepala singa.

"This is 1 Malaysia," titipnya.

Video berdurasi sembilan minit itu menerima 2.3 juta tontonan dan 118,400 tanda suka.

Dalam satu hantaran yang lain, Ah Peng berkongsi sebuah keluarga aktif membuat persembahan tarian singa.

"Satu keluarga bapa ibu anak perempuan aktif dalam tarian singa," tulisnya.

Warga maya rata-rata teruja dengan ketangkasan gadis berkenaan membuat persembahan. Tidak kurang memuji kekuatan stamina dan langkah tarian yang tepat.

-"Oh my god, terharu pula tengok gadis bertudung buat persembahan lion dance."

-"Siapa yang bersekolah aliran Cina akan faham kepuasanya."

-"Tak sia-sia tengok sampai habis, good job girls. Awesome."

-"Aunty tengok sampai habis, terbaik kita 1 Malaysia."

-"Kagum dan bangga. Terbaik adik comey"

-"So cute, ala-ala manja, mengada-ngada gitu. Kalian memang terbaik. Love to see this."

-"Kagum, salute. Tapi penat sungguh ya hampir 10 minit."

-"Memang power. Timing tak lari langsung.Tabik spring."

Baca juga: Rancang keluarga sudut pandangan lelaki Cina, tanggungjawab mesti seiring dengan rezeki

Baca juga: Kaum Cina jarang renovation rumah supaya nampak mewah, ini sebabnya

INFO TARIAN SINGA

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

1-Untuk pengetahuan semua, tarian singa adat warisan masyarakat Cina.Penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

2-Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.

3-Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.

4-Tarian singa ini akan diiringi oleh gong dan dram.

5-Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam.

6-Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berlainan.

Baca juga: Dr Malar tegur wanita Islam pakai tema Bollywood, jangan sampai langgar hukum agama

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

7- Dua tarian singa yang amat popular ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

8-Tarian singa Utara berasal dari bahagian Utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja.

9-Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga, (hijau dan kuning bagi kostum singa betina). Ia Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

10-Tarian Singa Selatan pula mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar dan dipersembahkan sebagai istiadat atau upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.

11- Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Baca juga: Mulanya ditegur cantik, gadis terharu kakak dan aunty India bantu betulkan sari depan LRT

Sumber: TikTok @ahpeng2830

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca