PAKAIAN tradisional sering menjadi pilihan ramai ketika meraikan Hari Kebangsaan. Namun, jarang dilihat individu memilih untuk menggayakan busana tradisional kaum lain seperti gadis ini yang memakai sari yang menjadi pakaian wanita India.

Indah dengan keunikan fabrik pelbagai warna, pemakaian sari memerlukan wanita melilit kain sepanjang lima hingga enam meter.

Gadis, Diyana Azmi yang memakai busana itu pada sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini menjadi tular di laman sosial TikTok selepas berkongsi video keprihatinan sekumpulan wanita India yang secara suka rela memperkemaskan sari yang dipakainya.

Baca juga: Pasangan pengantin ikat ‘kontrak romantik’, kena shopping setiap 15 hari dan makan pizza sebulan sekali

Baca juga: Kereta ‘buat hal’ hampir waktu berbuka, wanita India terharu tindakan jemaah surau di Ampang

“Ini kali pertama saya memakai sari, tengok video tutorial dari YouTube sahaja. Tiba-tiba mereka (wanita berbangsa India) menegur dan memuji saya kelihatan cantik memakai sari dan menawarkan diri untuk memperbetulkannya sekali.

“Masa ini saya rasa diri menjadi tumpuan ramai kerana ketika itu berada di depan tangga Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek. Terima kasih kakak dan makcik,” titipnya.

 

Diyana turut berkongsi video yang menunjukkan sari dipakai olehnya sendiri sebelum itu kurang kemas dan terharu dengan bantuan yang dihulurkan.

Baca juga: Draupadi Murmu, bekas guru lakar sejarah muncul wanita kedua pegang jawatan Presiden India

Baca juga: Selepas 21 tahun, Miss Universe 2021 milik Harnaaz Sandhu, berikut senarai ratu cantik dari India

“Terima kasih kakak dan makcik-makcik, ini memori manis buat saya. Kita 1 Malaysia,” coretnya.

Warga siber meluahkan rasa terharu melihat perlakuan harmoni wanita daripada dua bangsa itu, lebih-lebih lagi apabila ia terjadi pada tarikh ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65.

Iklan

– “Bergenang mata ini melihat individu berlainan bangsa bantu membantu.”

– “Tidak tahu nak kata apa, kali ini aura 1 Malaysia benar-benar dirasai. Selamat Hari Merdeka semua.”

– “Momen yang cukup manis, saya rasa seronok lihat keprihatinan sebegini.”

– “Kita sama-sama rakyat Malaysia dan saling menghormati. Cantiknya awak pakai sari.”

– “Air mataku mengalir…terharu dan bangga jadi anak Malaysia.”

Iklan

Baca juga: Hantaran kahwin punca tiga wanita di India tamatkan riwayat hidup. Ini kronologi kejadian

Baca juga: Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

Sumber: TikTok diyana.azmi_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan