AKTIVITI hiking (mendaki) bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai.

Bukit ataupun gunung kini menjadi destinasi riadah pilihan pelbagai peringkat umur, termasuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Namun, aktiviti yang menyihatkan badan itu perlu dilakukan secara berhemah dan waspada.

Seperti baru-baru ini, tujuh remaja yang berusia 18 tahun dilaporkan hilang setelah mendaki Gunung Hitam, berdekatan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Namun Alhamdulillah, semuanya dijumpai dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat pagi semalam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

3 hari mendebarkan, kronologi 7 remaja sesat di Gunung Hitam selamat ditemui

Berikut kronologi perjalan pendakian tujuh sahabat tersebut;

Sabtu, 5 September 2021;

  • Kesemua mangsa yang berasal dari Lembah Klang sebelum ini dilaporkan sesat setelah menaiki Gunung Hitam dan melakukan aktiviti perkhemahan pada Sabtu petang.
  • Mereka yang dijadualkan turun semula ke kaki gunung pada Ahad bagaimanapun dilaporkan sesat dan sempat menghubungi talian kecemasan.

Ahad, 6 September 2021;

  • Seorang pengguna Facebook memaklumkan ada terserempak dengan jentera bomba dan ambulans di lokasi kejadian pada Ahad.

Pemilik akaun Facebook terbabit turut mendoakan agar usaha pencarian tujuh mereka yang hilang dipermudah dan ditemui dalam keadaan selamat.

“Ya ALLAH permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan,” katanya.

Iklan

Status dimuat naik itu menerima pelbagai tanda reaksi dan komen daripada warga maya.

  • Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Amoi Liana’ turut meninggalkan komen memaklumkan, dia terserempak dengan tujuh remaja terbabit sejurus turun dari mendaki.

“Mereka (tujuh remaja) baharu hendak mendaki Gunung Hitam. (Saya) sempat tegur dan mereka beritahu hendak berkhemah.

“Mereka sempat bergurau memaklumkan selepas habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru keluar dari sini,” katanya.

  • Pendakian dipercayai melalui trek dari Kem Sungai Lawing untuk mandi ke sungai, bagaimanapun kesemua mereka terkandas di lereng bukit selepas hujan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Isnin, 7 September 2021 jam 1.21 pagi;

  • Kesemua tujuh mangsa ditemui dalam keadaan terkejut namun selamat di lokasi kira-kira 500 meter dari tapak perkhemahan mereka pada 1.51 pagi Isnin.
  • Usaha membawa turun kesemua mangsa dilakukan oleh 36 anggota mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan bomba, polis dan penduduk tempatan.
  • Komander Operasi Penguasa Kanan Bomb 1, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan terkejut namun selamat dan usaha membawa turun mangsa mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.

Sementara itu, ini info ringkas mengenari Gunung Hitam;

1. Gunung Hitam terletak berdekatan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dengan ketinggian 1220 meter.

2. Lokasinya agak dekat dengan Air Terjun Sungai Gabai yang cantik, ia tidak dikunjungi oleh banyak orang.

3. Laluan ulang-alik adalah kira-kira 15km keseluruhan.

4. Ini berkemungkinan atas faktor kawasan yang agak pedalaman, jalan yang tidak berturap dan bersemak.

Baca juga Dakwa jenama tersohor ciplak rekaan tudung, video pemuda menangis raih simpati warga maya

5. Perkara yang wajib tahu sebelum mendaki:

  • Untuk pendakian yang mencabar ini, bawalah sekurang-kurangnya 2 liter air bersama dan sedikit tambahannya di dalam kereta apabila korang selesai mendaki.
  • Bawa kasut mendaki yang terbaik kerana laluannya boleh menjadi licin selepas hujan.
  • Bawa makanan bersama. Pendakian akan memakan masa berjam-jam untuk diselesaikan.
  • Bawa lampu depan sekira perlu.