5 hari hilang di hutan Royal Belum, anggota tentera ditemui meninggal dunia, doa ibu agar kembali ke pangkuan berakhir sedih

5 hari hilang di hutan Royal Belum, anggota tentera ditemui meninggal dunia, doa ibu agar kembali ke pangkuan berakhir sedih

KEHILANGAN anggota tentera, Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Keberadaannya di hutan simpan yang terletak di Utara Perak itu tidak dapat dikesan sejak Jumaat, 7 April lalu ketika dalam OP KOTA ECHO/FOXTROT Siri 2/2023.

Mangsa merupakan anggota dari Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang. Siasatan awal polis mendapati kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan.

Baca juga: Gugurnya wira negara, Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika latihan, berikut kronologi kejadian

Gambar hiasan (Kredit foto: PLANMalaysia)

Difahamkan Allahyarham yang dikenali sebagai Ayie hilang sewaktu menuruni bukit dalam perjalanan pulang ke Kem Operasi.

Gambar hiasan (Kredit foto: PLANMalaysia)

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak hari pertama tidak dapat menjejaki bapa kepada dua cahaya mata itu.

Baca juga: Perginya Wira Merah terperangkap arus banjir, tinggalkan balu, 4 anak

Berita duka pemergian beliau dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Takziah diucapkan kepada Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena, Fadzilah Bakar dan keluarga di atas pemergian anakanda tercinta.

““Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman,” katanya.

Terdahulu, Fadzilah menerusi hantaran di Facebook mmeohon doa daripada warga maya agar anaknya itu kembali ke pangkuan.

“Ya ALLAH selamatkanlah anakku dan Engkau kembalikanlah dia ke pangkuanku semula, aamiin,” titipnya.

Manakala isteri arwah, Nur Hayatul Husna berharap agar operasi pencarian dikurniakan petunjuk.

Baca juga: 10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia

Iklan

“Permudahkanlah urusan pencarian suamiku Ya ALLAH, semoga ada keajaiban dan petunjuk. Ayang dan anak-anak tunggu abang,” kongsinya.

Warganet mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham.

– “Salam takziah, moga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”

– “Salam takziah, semoga diberikan ketabahan kekuatan.”

– “Salam takziah Husna, semoga tabah dengan ujian Allah..”

Iklan

– “Salam takziah atas kehilangan suami. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman aamiin.”

– “Salam takziah, semoga terus kuat dan tabah.”

Baca juga: Luluh hati…4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Norjuma didakwa atas lima pertuduhan, cederakan tiga individu, lakukan khianat

BEKAS personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed dihadapkan di empat Mahkamah Majistret...

Ensefalitis: Keradangan otak akibat jangkitan. Benarkah gaya hidup atau stres jadi punca? Pakar ini kongsikan penjelasan

SECARA global, dianggarkan sejumlah 1,444,720 kes dan 89,900 kematian dicatatkan akibat...