6 bulan bersara wajib, warganet teruja Dr Noor Hisham kembali berkhidmat

A
A
A

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah wajah yang biasa kita lihat di kaca televisyen dan siaran langsung di laman sosial pada saat negara berdepan situasi genting virus Covid-19.

Selepas enam bulan bersara wajib pada April lalu, bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu kembali menabur bakti di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya (IEHPj).

Dalam ciapannya di laman sosial X, Dr Noor Hisham berkongsi suasana hari pertama memulakan tugas.

"Pada pagi ini saya kembali bertugas di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.

"Institut Endokrin ini meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil. Unit rawatan atau ICU (10 katil dewasa dan lapan katil pediatrik ), Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi) serta empat Dewan Bedah telah mula beroperasi pada minggu lepas," ujarnya.

Baca juga: Wira harungi pandemik bersara, 35 tahun menabur bakti, jasa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus dikenang

Dalam hantaran yang sama, pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin itu juga memaklumkan akan memulakan tugas di dewan bedah.

"Saya akan memulakan sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap hari Selasa.

"Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan tahap antarabangsa, insya-ALLAH," ujarnya.

Pada hari pertama bertugas, Dr Noor Hisham turut sempat meluangkan masa bersama rakan setugas.

Baca juga: Hanya satu permintaan DG Hisham sempena hari lahirnya

"Pada pagi ini saya sempat bersama dengan pakar bedah Neuro, Datuk Dr Nasser Abdul Wahab dan pasukannya di Dewan Bedah 1, Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.

"Insititut Endokrin Hospital Putrajaya amat bertuah mendapat seorang pakar bedah neuro bersama pasukannya untuk melaksanakan kes-kes pembedahan neuro endokrin dan pembedahan neuro am.

"Syabas kepada kepimpinan beliau dalam memajukan pembedahan neuro di Hospital Putrajaya. Semoga segala urusan pembedahan dipermudahkan, insya-ALLAH," kongsinya.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan yang menjawat jawatan tersebut selama 10 tahun itu juga aktif di laman sosial X.

Baca juga: Lagi kes salah guna gambar, giliran KP Kesihatan jadi mangsa

Baru-baru ini, beliau memuat naik ciapan yang menarik perhatian warga maya menggunakan slang bahasa generasi muda Gen-Z.

"A cloudy morning in Putrajaya perhaps with more showers is in prospect later today. Another day another slay," ciapnya.

Warga maya menitipkan ucapan terima kasih dan teruja melihat wira pandemik itu kembali menabur bakti buat masyarakat di sektor awam.

- "Terima kasih kerana sudi meneruskan khidmat."

- "Slay Tan Sri Dr Noor Hisham."

- "Welcome back Tan Sri! Did retired get you bored? Hahaha happy working again."

- "Selamat bertugas Tan Sri."

- "Kepakaran Tan Sri masih diperlukan. Terima kasih kerana kembali bertugas sebagai pakar bedah."

Dr Noor Hisham terdahulu bertugas sebagai pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya sebelum menggalas jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) pada 2018.

Kepakaran beliau bukan calang-calang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat latihan dalam pembedahan endokrin di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

Tidak hanya itu, beliau juga banyak menulis dalam jurnal tempatan dan antarabangsa berkaitan pembedahan endokrin manakala kepakarannya adalah dalam bidang kanser endokrin payudara.

Sumber:" target="_blank" rel="noopener"> X Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca