6 fakta kes bekas finalis MasterChef Malaysia, suami didakwa bunuh pembantu rumah

A
A
A

SEPASANG suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh pembantu rumah mereka di kondominium, di Kota Kinabalu antara 10 Disember hingga 13 Disember lalu.

Pasangan tersebut, Mohammad Ambree Yunos, 40, dan isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang, 33 berdepan pertuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Baca juga: Kisah besen hijau menyentuh hati, wanita kongsi anak hampir tenggelam, jalan kaki 3 jam, redah air 10km selamatkan diri

Berikut enam fakta berkaitan kes itu:

1.Tertuduh, Mohammad Ambree adalah seorang kontraktor, manakala isterinya, Etiqah yang juga bekas finalis program MasterChef Malaysia 2012 adalah seorang jurutera.

2.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di kondominium di Jalan Lintas Lido, Kota Kinabalu antara 10 hingga 13 Disember lalu.

3.Ketua Polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim sebelum ini berkata, mayat Nur Afiyah didapati cedera di seluruh badan termasuk kesan melecur yang sedang dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (HQE1).

4.Berdasarkan laporan sebelum ini, pasangan berkenaan ditahan pada 14 Disember lalu, iaitu sehari selepas mereka membuat laporan polis.

5.Menerusi laporan itu, mereka mendakwa menemui pembantu rumah di atas lantai di kondominium mereka selepas pulang daripada bercuti di Kundasang, Ranau.

6.Mereka kemudian dibebaskan atas jaminan polis pada 21 Disember lalu.

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun itu bagaimanapun tidak mengambil sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Februari depan.

MasterChef Malaysia Musim ke-2 merupakan sebuah rancangan realiti Malaysia bertemakan permainan dan masakan ditayangkan pada tahun 2012.

Baca juga: Wanita harungi detik cemas, bersalin dalam kereta beberapa jam selepas hospital minta balik ke rumah

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Sabah News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca