NAMA Syabira Yusoff menjadi tular dan meniti di bibir warganet selepas muncul juara pertandingan memasak di United Kingdom, UK Great British Bake Off (GBBO).

Siapa sangka anak Malaysia berbakat dalam bidang masakan dan pastri hingga mengungguli pentas masakan di peringkat antarabangsa?

Januari lalu kanak-kanak Melayu bernama Aisya Syahrul, 12, muncul sebagai finalis British Junior Bake Off dan menjadi bualan ramai kerana menyediakan sajian berinspirasikan Malaysia.

Baca juga: Terbaik! 4 pelajar Malaysia gondol emas, tewaskan 490 pasukan lain dari seluruh dunia

Baca juga: Bintang US MasterChef Junior, Ben Watkins meninggal dunia pada usia 14 tahun

Kali ini Syabira pula muncul mengharumkan nama negara. Syabira dinobatkan sebagai pemenang selepas menewaskan saingan sengit dua lagi finalis iaitu Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30, terutamanya dari segi teknikal.

Syabira meluahkan kegembiraan dan menyifatkan kemenangannya adalah pencapaian terbesar dalam hidup.

“Ini adalah pencapaian terbesar dalam hidup saya. Semua kerja keras, semua percubaan ‘trial and error’ semuanya berbaloi. Saya sangat-sangat bangga.

“Saya menjadi orang baru selepas pertandingan ini. Saya menjadi lebih yakin dan percaya kepada naluri. Kita boleh buat apa saja yang kita inginkan,” katanya.

Baca juga: ‘Macam tadika di Malaysia’- Bapa dedah sukatan Gred 1 di AS tarik perhatian warganet

Berikut tujuh info mengenai Syabira:

1-Syabira berusia 32 tahun.

2-Dilahirkan di Malaysia dan merupakan salah seorang daripada tujuh adik beradik.

3-Beliau berpindah ke UK pada 2013 untuk menyambung pelajaran peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dan kini bertugas sebagai Penolong Penyelidik Kardiovaskular di King’s College, London.

4-Syabira hanya mula memasak pastri dan kek pada tahun 2017. Beliau mempamerkan kelaina dengan menonjolkan ‘rasa’ Malaysia kepada masakan klasik British seperti rendang ayam pasties Cornish.

5-Antara menu yang disediakan Syabira di GBBO ialah kek baldu merah yang sering dikongsi bersama rakan-rakannya di rumah.

6-Idea untuk menyertai GBBO bermula dua tahun lalu apabila beliau mula menonton rancangan popular itu.

Baca juga: Bukan berdarah Melayu, John Ang jatuh cinta dengan songket Melayu, miliki 5,000 koleksi

Antara sajian yang disediakan Syabira iaitu My Nasi Lemak Smörgåstårta yang menggunakan nasi sebagai inti.

7-Syabira juga telah berkongsi resipi eksklusif biskut red velvet.

Biskut Red Velvet Syabira

150 gram gula kastor (BELI DI SINI)
275 gram mentega tanpa garam (suhu bilik) (BELI DI SINI)
250 gram tepung gandum biasa
50 gram serbuk koko (BELI DI SINI)
150 gram tepung jagung (BELI DI SINI)
Setengah sudu kecil pewarna merah (BELI DI SINI)

Langkah penyediaan:

1-Satukan gula dan mentega dalam mangkuk menggunakan spatula atau sudu sehingga adunan menjadi berkrim.

2-Masukkan baki bahan kering dan gaul hingga sebati.
Sejukkan doh sementara anda menyediakan intinya.

3-Canai doh kepada ketebalan 0.5 sentimeter (cm) dan terap biskut menggunakan pemotong bulat bulatan berdiameter 5cm.

4-Susun biskut di atas dulang yang di alas dan bakar dalam ketuhar pada bersuhu 165 darjah Celcius selama 10 minit atau sehingga coklat keemasan pada bahagian dasarnya.

Iklan

5-Sejukkan sebelum disalutkan menggunakan ganache pada bahagian atasnya.

6-Hancurkan sedikit untuk dijadikan hiasan.

Inti krim keju

200 gram coklat masakan putih (BELI DI SINI)
30 gram buttermilk
140 gram krim keju (BELI DI SINI)
40 gram gula aising (BELI DI SINI)

Langkah penyediaan:

1-Menggunakan kaedah bain-marie, cairkan coklat dan kemudian masukkan buttermilk.

2-Kacau adunan sehingga sebati.

3-Masukkan krim keju dan gula aising, pukul sehingga sebati dan berkrim.

Iklan

4-Tutup mangkuk dengan cling wrap.  (BELI DI SINI)

5-Simpan di dalam peti ais agar ia sejuk.

6-Setelah sejuk, pindahkan adunan ke piping bag. (BELI DI SINI)

7-Paipkan kira-kira satu sudu kecil inti pada biskut, kemudian kepitkan dengan sekeping biskut lain.

8-Hiaskan dengan coklat putih yang dicair kan menggunakan kaedah bain-marie atau ketuhar gelombang mikro. Taburkan serbuk biskut yang telah dihancurkan di atasnya sebagai hiasan.

Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Daily Mail, Twitter dan portal GBBO, Mirror UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi