Adik bongsu sanggup derma buah pinggang demi menyelamatkan abang, kisah ini buat netizen sebak
DERITA sakit buah pinggang pada usia muda bukannya sesuatu mudah untuk ditanggung.
Apatah lagi, disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tahap lima secara mengejut, satu perkhabaran yang terlalu sukar untuk dihadam.
Luahan Zulkifli Ayub dalam akaun Facebook memberitahu, simptom awal seperti muntah teruk tanpa henti dan loya menjadi petanda buruk buatnya.
Selepas dirujuk ke pihak hospital pada Ogos 2020, doktor memaklumkan dirinya mengalami masalah buah pinggang tahap kritikal.
Ketika itu katanya, rawatan dialisis perlu dilakukan segera demi menyelamatkan nyawa.
Kongsi penuntut jurusan perubatan itu lagi, antara rawatan terbaik bagi masalah kegagalan buah pinggang adalah pemindahan buah pinggang.
"Pejam celik pejam celik, hampir tiga tahun aku berdialisis 4 kali sehari. Sejak tahun ke-3 medik, sekarang dah tahun ke-5, tahun akhir," tulisnya.
Apa yang membuatkan netizen terharu apabila pemuda tersebut memberitahu, adik bongsunya sanggup untuk mendermakan buah pinggang kepada beliau.
"Ni adik bongsu aku yang tercinta. Dia berhasrat untuk mendermakan satu buah pinggangnya kepada aku yang hina ini. Namun, dia perlu menurunkan berat badannya dahulu.
"Doktor bagi beberapa bulan kepada dia untuk turunkan berat badannya sebanyak 10kg. Dia dah cuba beberapa kali sebelum ni, tapi berat naik kembali," tulisnya.
Baca juga [VIDEO]Cinta sejati! Isteri sanggup derma buah pinggang untuk suami
Akui bukan mudah untuk menurunkan berat badan ideal, pemuda tersebut memohon orang ramai supaya dapat memberikan kata-kata semangat buat adiknya.
"Adik aku ni hebat. Bukan calang-calang orang ada keberanian nak derma waktu hidup. Sekarang tengah follow up dekat HRPZ, Kota Bharu.
"Terima kasih buat rakan-rakan yang menyokong dan memberi kata-kata semangat selama ni," katanya.
Baca juga 2 anak perlu buah pinggang, malangnya ibu hanya boleh derma satu sahaja
Rata-rata pengguna Facebook yang mengikuti perkongsian tersebut turut mendoakan urusan dua beradik tersebut dipermudahkan.
Tidak kurang juga berkongsi tip menurunkan berat badan.
Jangan cepat mengalah!
Potong gula putih, insya-ALLAH cepat turun berat badan.
Hidup dengan satu buah pinggang sahaja.
Ganjaran besar sedang menanti!
Apapun doa kalian cukup memberikan semangat buat Zulkifli dan adiknya yang berjiwa murni.
Tidak mudah berputus asa dan yakin dengan ketentuan ALLAH, insya-ALLAH semuanya akan dipermudahkan.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang