RINDU yang paling sakit ialah kepada mereka sudah tiada di dunia ini. Hanya doa mampu kirim agar dipermudahkan urusan mereka di alam sana. Walaupun jauh di sudut hati perasaan rindu itu sukar dibendung namun sebagai hamba-NYA kita harus reda dengan ketentuan ALLAH.

Baru-baru ini tular satu video di Tiktok seorang wanita dengan berpakaian pengantin melawat kubur yang merupakan kakak kembarnya.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi akaun TikTok @lisasuhaimiii memaparkan wanita itu lengkap berbusana pengantin berwarna putih menyiram air mawar ke atas pusara.

Baca juga: Kembar Timothy, Lydia pecah rekod dunia, lahir daripada embrio beku berusia 30 tahun

Difahamkan kakak Lisa iaitu Lis meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Meskipun sudah lebih setahun Lis itu meninggal dunia, si adik tetap setia menziarahi pusara kakak kerana terlalu merindui.

“Saya datang (ziarah) kerana ingin memberitahu berita baik walaupun kamu (kakak kembar) hanya melihat dari jauh. Semoga tenang di sana, kembarku,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Perkongsian wanita itu mengundang sebak dalam kalangan pengguna TikTok. Setakat ini, video berkenaan meraih 1.4 juta jumlah tontonan dan 67,000 tanda suka.

Rata-rata warga maya menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan Lisa yang kehilangan kakak kembarnya dan ketiadaan insan itu pada hari bahagia. Ujar mereka:

Baca juga: Super aktif, mahu pengsan maknya. Kongsi sambutan hari lahir anak kembar, luahan hati Dr Halina bikin ramai terhibur

– “Al-Fatihah, sudah setahun berlalu. Semoga berada di kalangan orang-orang yang beriman.”

– “Ya ALLAH, bergenang air mata saya melihatnya. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehah.”

– “Kuatnya awak. Tidak terbayang kalau terjadi kepada saya. Kembar berkawin dan tinggal di lain negeri pun saya sudah meraung setiap malam.”

– “Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.”

– “Mesti sedih bukan? Sebelum ini tidak pernah berpisah dengan kembar. Akhirnya terpisah dengan kematian. Sakitnya tidak boleh dibayangkan.”

– “Cepat masa berlalu. Setahun sudah arwah pergi. Kuatnya adik.”

Iklan

– “Semoga arwah tenang di negeri abadi.”

Baca juga: Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca

Selain ucapan takziah, ramai juga warga maya yang mengucapkan tahniah apabila wanita itu selamat bergelar seorang isteri. Berikut antara komen-komen warga maya:

– “Selamat pengantin baharu. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.”

– “Al-fatihah sahabat. Jika arwah masih ada, kalian mungkin naik pelamin bersama-sama. Selamat pengantin baharu dan semoga kekal hingga ke anak cucu.”

– “Tahniah. Selamat pengantin baharu.”

Iklan

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Sumber: Lisa Suhaimii

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi