Ainul Mardhiah dah pandai panggil mama
PADA bulan April lalu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin mengejutkan bapa, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi apabila pertama kali 'mengeluarkan suara' selepas setahun lapan bulan.
Ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut mendedahkan setelah sekian lama mereka menanti untuk mendengar suara Ainul Mardhiah memandangkan sejak dilahirkan permata hati itu tidak pernah bersuara.
Menurut Ahmad Safiuddin, suara anak perempuannya berjaya dilontarkan susulan 'kebijaksanaan' Ainul Mardhiah menutup sendiri trachy yang terdapat pada lehernya.
Trachy adalah sejenis tiub tracheostomy yang dipasang pada leher bertujuan membantu dan memudahkan pernafasan.
Artikel berkaitan: ‘Setahun lapan bulan kami tunggu suara Ainul’- Mama, walid
Terbaharu, lebih mengujakan Ainul Mardhiah yang meminati program kanak-kanak, Omar & Hana dikatakan berjaya menyebut perkataan, 'mama'.
Momen manis tersebut dikongsi menerusi laman sosial Instagram @_nrlewani milik Nurul Erwani hari ini. Dalam video berdurasi selama dua saat itu, kelihatan keletah Ainul Mardhiah menyebut 'mama' sambil jarinya menutup lubang trachy.
Luah Nurul Erwani: "Setiap hari latih Ainul untuk panggil mama.
"Alhamdulillah, akhirnya keluar juga perkataan mama. Good job anak mama."
Perkongsian Nurul Erwani itu menerima komen positif daripada warganet dan video berkenaan telah mendapat sebanyak 54,137 jumlah tontonan.
Antara komen netizen:
@shxx_zulkifli: "Ya ALLAH, bijaknya dia. Pandai masukkan jari ke dalam lubang untuk bunyikan suara. Moga Ainul membesar dengan sihat."
@hashimezzaty_: "Perkara yang paling gembira kalau pertama kali anak pandai menyebut mama, mummy, ibu, ummi. Syukur alhamdullilah."
@gee_mnor: "Alhamdullilah Ainul dah semakin sihat dan pandai panggil mama."
Untuk rekod, Ainul Mardhiah yang berusia setahun lapan bulan pernah menjentik hati rakyat Malaysia apabila mengalami tumor seberat 200 gram pada bahagian mulut.
Kisah si kecil itu turut mendapat perhatian pelatih pakar bedah warganegara Malaysia di London, Dr Nur Amalina Che Bakri yang mengambil inisiatif mengaturkan pembedahan bayi itu di Hospital Kanak-Kanak London.
Misi murni tersebut terlaksana apabila Dr Amalina bersama pasukan diketuai Ketua Unit Kraniofasial, Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong berjaya membuang tumor terbabit pada 10 Jun 2019.
Susulan kejayaan pembedahan selama lima jam berkenaan hari demi hari keadaan adik, Ainul Mardiah menunjukkan perkembangan positif.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang