Lebih 60 orang alumni Pusat Pengajian Komunikasi, USM tahun 1995/1999 teruja menghadiri majis Reunion Dinner yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Inisiatif diadakan majlis reunion ini adalah bertujuan untuk menjalin ukhuwah dan ikatan silaturahim sementelah ada yang tidak pernah bertemu selepas tamat pengajian 24 tahun dahulu.

reunion

Baca ni ‘Berpuak-puak, curang, cinta lama berputik kembali…’ Ada sebab rupanya ramai tak suka join reunion dengan kawan lama

Daripada sekadar omongan kosong, akhirnya rancangan bagi merealisasikan majlis ini terlaksana dengan penubuhan jawatankuasa secara sukarela diketuai Khairilazhar Ismail sebagai Pengarah Projek Reunion Dinner Komunikasi USM 95/99.

Majlis bertemakan ‘glamours’ turut dihadiri oleh Mantan Timbalan Naib Canselor, (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan Alumni) yang juga mantan Dekan dan Profesor Pusat Pengajian Komunikasi, Dato’ Dr. Adnan Hussien dan isteri Datin Kamaliah Siarap, Mantan pensyarah, Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin dan juga Prof.Dr. Mustaffa Kamal Anuar.

Mantan Timbalan Naib Canselor USM yang juga mantan Dekan dan Profesor Pusat Pengajian Komunikasi, Dato’ Dr. Adnan Hussien antara tetamu istimewa yang hadir pada majlis reunion dinner tersebut.

Dalam ucapannya Dr. Adnan  menzahirkan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang berjaya melaksanakan majlis ini dengan menghimpunkan lebih 60 kehadiran bekas pelajar Komunikasi tahun 1995/1999.

Beliau turut mengimbau kenangan-kenangan manis bersama pelajar yang menarik, indah malah melucukan.

Malah, Dr Adnan turut berbangga dengan pencapaian semua alumni komunikasi dalam kerjaya masing-masing.

Baca juga ‘Cantik & tinggi Bella, ada lesung pipit.’ Terbang ke Universiti Oxford, penampilan anak sulung Dr Sheikh Muszaphar jadi perhatian!

Seusai ucapan Pengarah Projek dan Dr. Adnan, para alumni dikejutkan dengan tayangan video gabungan ketika konvokesyen dan pelbagai tugasan yang dilatari dengan lagu dari filem Ali Setan yang mengadakan penggambaran di USM ketika itu.

Jelas terpancar wajah-wajah teruja, gembira dan hiba tatkala mengimbau kembali kenangan pahit manis zaman remaja dan bergelar mahasiswa di USM.

Majlis diadakan secara santai itu turut menampilkan persembahan istimewa nyanyian daripada alumni sendiri termasuk Dr. Adnan yang mendendangkan lagu Kamelia.

Rata-rata yang hadir gembira dapat menyertai majlis biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Pun begitu, mereka masih mampu memberi komitmen demi kawan-kawan dan pensyarah yang sekian lama tidak bertemu.

Iklan

Baca lagi ‘Macam tu je sale dia naik.’ Penangan Khairul Aming, gerai cendol sold out tak sampai 24 jam

Ada antaranya yang datang dari Pulau Pinang, Johor, Melaka, Perak, Terengganu dan Pahang. Masing-masing mengakui cukup teruja untuk sama-sama memeriahkan majlis yang julung kali diadakan itu.

Bagi menyerik lagian majlis pada hari tersebut, pihak penganjur turut menyediakan hadiah tajaan berupa Tudung Sofearose, Minuman Halavita dan sebiji kek seberat 8kg daripada Pusat Pengajian Komunikasi USM selain sumbangan peribadi daripada bekas pelajar.

Iklan

Baca juga ‘Labuhnya tudung, sopan je.’ Penampilan pelakon Fast & Furious dan tunang ke Masjid Sheikh Zayed raih pujian ramai!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang