Alahai...order lain yang diterima lain

A
A
A

BERIKUTAN pelaksanaan kerajaan tidak membenarkan bazar Ramadan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), nampaknya orang ramai terpaksa membeli juadah secara online.

Langkah tersebut merupakan jalan terbaik bagi membantu memerangi penularan dan memutuskan rantaian virus Covid-19. Sekurang-kurangnya dapatlah 'melepaskan' rindu mengunjungi bazar.

Pun begitu, membeli makanan menerusi alam maya ini terdapat pro dan kontranya antaranya kita tidak berpeluang melihat peniaga menyediakan, memasak dan membungkus sajian.

Rata-rata daripada kita hanya menempah makanan pilihan mengikut koleksi menu yang dimuat naik dalam laman sosial.

Justeru, impaknya lain dipesan lain diterima. Kualiti dan kuantiti makanan pula tidak seindah khabar sehingga menyebabkan pelanggan hanya senyum tawar.

Bayangkan ditempahnya karipap berinti sardin, tetapi yang diterima karipap isi angin.

Lebih menyedihkan apabila keinginan untuk berbuka puasa dengan nasi ayam penyet, namun yang muncul nasi bersama seketul ayam dimasak hampir rentung.

Menerusi laman sosial Facebook @Rizal Hakimm beliau berkongsi luahan hati individu yang dikenali sebagai Firfafa Ahmad.

Ayam penyet

 

"Aku nak share on behalf untuk orang (peniaga) yang masak ini.

"Order Nasi Ayam Penyet, tapi yang sampai nasi ayam dan dot dot dot," tulisnya yang menganggap tiada rezeki.

Selain kisah peniaga tidak menitikberatkan soal mutu masakan, segelintir masyarakat juga terpaksa berdepan peniaga yang cuai.

Baru-baru ini misalnya, seorang pengguna berkongsi sekeping foto memaparkan roti john yang ditempah.

"Terkejut buka bungkusan roti john, tiba-tiba ada marker pen. Tak tahu nak gelak ke nak nangis," coretnya.

Bagi sebahagian pihak situasi tersebut mungkin nampak lucu, tetapi hakikatnya kehadiran marker pen yang terbungkus bersama roti john secara tidak langsung telah mencemarkan juadah terbabit.

Oleh itu, kepada para peniaga pada bulan Ramadan yang mulia ini, berniagalah dengan ikhlas, jujur dan berhati-hati bagi memperoleh rezeki yang berkat.

Buat pelanggan pula adalah lebih baik membaca penilaian dan maklum balas daripada mereka yang pernah membeli makanan daripada peniaga berkenaan sebelum ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca