“Alhamdulillah, dapat bercuti berehat di hujung Ramadan,” - Luahan hati frontliner

No Image Caption
A
A
A

SEMALAM, tular satu posting di Facebook seorang doktor perubatan, Dr Hana Hadzrami mengenai rasa syukurnya apabila diberi tempoh ‘bertenang’ seketika.

“ALHAMDULILLAH, saya bersyukur sangat akhirnya dapat bercuti rehat walaupun di hujung Ramadan.

“Inilah pertama kali dapat bercuti semenjak wabak Covid-19 bermula dulu (sebelum PKP pun cuti kami dah dibekukan).

“Maka dapatlah saya luangkan masa untuk ibadah nawafil Ramadan, dapat buat kuih raya. ALHAMDULILLAH,” tulisnya.

Namun, menurutnya lagi sangat tidak disangka apabila wabak berkenaan sedikit mulai reda di Malaysia, berpusu-pusulah anti vaksin keluar dari ‘gua’.

Mereka menuduh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sengaja mengada-adakan wabak Covid-19 untuk menakutkan umat manusia supaya duduk rumah.

Dalam masa yang sama, mereka menuduh Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memalsukan data kematian supaya nampak teruk.

Lebih menyedihkan, mereka turut menuduh frontliners ini ‘main wayang’ sengaja menyarung Peralatan pelindung diri ( PPE ) di tengah panas terik untuk meraih simpati orang ramai da ada juga yang menuduh doktor di unit kecemasan mencekup pesakit Covid-19 yang kritikal supaya masuk semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sambung ke mesin pernafasan untuk mempercepatkan kematian mereka.

“Saya harap jika sesiapa terbaca hasutan anti vaksin dan anti Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman sosial supaya buat aduan kepada pihak berkuasa.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang patuh arahan kerajaan kerana usaha anda telah berjaya melandaikan graf jangkitan.

“Anda semua sangat baik hati. Perbuatan anda yang tidak mementingkan diri sendiri telah telah melindungi golongan yang berisiko tinggi daripada dijangkiti,” tulisnya lagi.

Nasihat Dr Hana, kepada yang ingkar dan mementingkan diri sendiri, ingatlah yang hidup ini terlalu pendek untuk kita buat dan sebar dosa. Orang beriman bukan saja menjaga diri tetapi menjaga keselamatan orang ramai.

#RantaianKasih

Foto: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca