KATA orang, sekeping gambar akan menyimpan seribu kenangan.

Justeru ramai di antara kita mengabadikan memori indah di dalam bentuk foto semasa mengunjungi tempat menarik sebagai kenang-kenangan.

Perkongsian pengguna TikTok @sha7411 berkongsi gambar yang memaparkan sahabatnya dalam suasana santai di sebuah pantai di Pahang.

Baca juga: Seram! Gadis cerita pengalaman ‘makhluk’ menyerupai ibu, ‘ending’ buat ramai meremang

Foto tersebut jika dilihat sekali imbas memaparkan tiga orang. Bagaimanapun apa yang menyeramkan hanya dua individu yang dirakam.

Dia hanya menyedari hal itu apabila foto berkenaan dikongsikan rakannya.

“Bila kawan hantar gambar ini di aplikasi Whatsapp baru saya sedar apa yang terjadi pada gambar ini,” titipnya.

Menurutnya, foto berkenaan dirakam di sebuah pantai di negeri Pahang pada 18 Mac lalu.

“Siapa gerangan yang ketika?” katanya.

Jika diteliti, foto yang dikongsikan memaparkan tiga individu berdiri membelakangi pantai.

Bagaimanapun, sebenarnya hanya dua individu dirakam waktu itu manakala satu lagi entiti tidak diketahui.

‘Seorang lelaki’ di tengah bukanlah rakan mereka. Malah bayang-bayang yang terhasil menampakkan kehadiran dua individu sahaja.

“Dua orang itu kawan saya tetapi yang belakang itu tidak tahu siapa dan datang dari mana,” katanya.

Iklan
@sha7411♬ bunyi asal – Sha✌️😊😊😊😊😊😊

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi. Warga maya rata-rata mengakui seram dan tidak menyangka perkara seperti boleh berlaku.

Sesungguhnya bukan kita sahaja makhluk yang wujud di dunia ini. Malah dalam konteks agama, kita wajib untuk mempercayai perkara-perkara dan alam ghaib.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, memperbanyakkan membaca al-Quran dan solat sunat adalah usaha yang boleh dilakukan bagi melindungi diri serta tempat tinggal dari sebarang gangguan.

Iklan

Sesungguhnya hanya ALLAH sebaik-baik pelindung dan tempat pergantungan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.

Baca juga: Seram! Mangsa dirakam ketika mandi dan tidur. Penghendap jadikan loteng rumah sebagai tempat persembunyian

Baca juga: [VIDEO] Pocong goyang badan, geleng kepala, ganggu abang polis di SJR

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI