Anak tertumpah pengilat kuku pada pakaian, terpaksa bayar ganti rugi RM5,593.70, sikap tenang Tomok tarik perhatian netizen

GARA-gara anaknya tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku di atas beberapa helai pakaian jenama denim terkenal, penyanyi Tomok terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593.70.

Tomok menceritakan detik awal kejadian di mana beliau bersama keluarganya berada di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara untuk berbuka puasa. Sekitar jam 9.30 malam, isterinya telah membeli sehelai jeans di butik berkenaan.

“Ada kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar berharga RM1,299. Ia bukan pada sehelai seluar tapi empat helai dan baju bernilai RM499 dan RM899,” tutur Tomok menerusi video yang dikongsikan.

Baca juga: “Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan” – Tomok tutup bisnes tudung

Ekoran dari itu, Tomok memaklumkan pihak butik tidak membenarkan beliau meninggalkan premis berkenaan sebelum menjelaskan bayaran ganti rugi di atas kerosakan pakaian tersebut.

Sambil menunjukkan pakaian yang terkena sedikit kesan pengilat kuku berwarna merah jambu, bapa kepada tiga cahaya mata itu mengakui kesilapan dan telah membayarnya dengan potongan harga.

“Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini. Selepas diskaun saya kena bayar RM5,593.70. Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya.

“Pengilat kuku hanya terkena sedikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengakui ini kesilapan saya.

“Ujian raya mungkin. Siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini. Insya-ALLAH ada rezeki lain untuk saya,” kongsi Tomok.

Isteri Tomok, Ayu Abas turut memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

“Allahuakbar, maaf sangat pada Levi’s khilaf saya juga. Minta dipermudahkan urusan kami sekeluarga,” titipnya.

Baca juga: GV9 : Tiada penyingkiran, Tomok kembali duduki tangga pertama

Rakan selebriti dan warganet menawarkan untuk membeli jeans berkenaan dan khidmat menanggalkan kesan pengilat kuku tersebut. Tidak kurang yang mendoakan agar urusan Tomok dan keluarganya dipermudahkan.

Iklan

– “RM5 ribu lebih? Tapi Tomok still tenang untuk selesaikan masalah, tak marah-marah anak dia, you cool brother. Prelove dan letak tanda tangan. Lepas tu ada sesi bergambar mesti balik modal balik.”

– “Moga dimudahkan urusan diganti rezeki lebih baik @tomokofficial.”

– “ALLAHU, semoga dipermudahkan urusan bang.”

– “Semoga ALLAH limpahkan lagi rezeki buat Ayah yang hebat ni. Tahniah Tomok sebab bersikap tenang.”

– “Boleh try hantar ke laundry kami untuk hilangkan kesan tompok nail polish.”

Iklan

– “Bagusnya Tomok ni. Sabar dia, lembut je Tomok bercakap. Ada ganjaran lain lepas ni Tomok insya-ALLAH. ALLAH Maha Pemurah.

Baca juga: Mohon maaf, Tomok dan Shuib akui kesilapan

Sumber: @tomokofficial

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.