PELAKON dan usahawan, Datin Anne Ngasri adalah wajah yang sebati dengan masyarakat Malaysia. Aktif dalam bidang politik, Exco Wanita UMNO Malaysia itu kini diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Giat MARA.

Baru-baru ini, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis graduasi institut itu.

Baca juga: Tahniah! Datin Anne Ngasri terima kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong

Lengkap berjubah konvo, ibu kepada enam cahaya mata itu menyampaikan skrol kepada 700 pelajar di Majlis Graduasi GIATMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023 bertempat di Kuala Terengganu.

“Alhamdulillah menjadi sebahagian keluarga besar Giat MARA Malaysia @mygiatmara.

“Kenangan indah bersama melakar sejarah di Majlis Graduasi Giat MARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

“Syukur Ya ALLAH dan terima kasih kepada yang selalu menitipkan doa. Saya juga mendoakan agar anda semua dilindungi dan diberi yang terbaik sepanjang perjalanan mendatang,” titipnya.

Baca juga: Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasi

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah buat Anne.

– “Tahniah @annengasri_official, semoga terus cemerlang.”

– “Tahniah Datin @annengasri_official. Pertama kali bersua muka, memang cantik manis dan senyuman tak lekang di bibir. Bangga kerana Datin telah menjadi sebahagian daripada keluarga Giat MARA. Ikhlas daripada saya staf Giat MARA Setiu, Terengganu.”

– “Seorg yang humble, adore you Datin Anne. Semoga dipermudahkan segala urusan.”

Iklan

– “Congrats Datin Anne, like student sebab comel dan awet muda.”

Baca juga: ‘Tak pernah dapat hadiah sebesar ini.’-  Bell Ngasri melompat dapat Mini Cooper Clubman

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Giat MARA Malaysia, Ts Ahmad Hamdi Ibrahim berkata, 14,000 usahawan dilahirkan oleh Giat MARA sejak penubuhannya pada 1986.

Ia merangkumi bidang kemahiran iaitu jahitan, masakan, bangunan, kimpalan dan automotif.

Justeru, Giat MARA optimis melahirkan lebih ramai lagi usahawan bertaraf dunia dengan pengoperasian 232 pusat di seluruh negara.

Iklan

Baca juga: Terbit filem sulung, Anne minta nasihat Darling Ngasri

Sumber: Berita RTM, Instagram Anne Ngasri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!