SEMALAM, laman Twitter menjadi panas ekoran pendedahan beberapa pelajar Kolej Matrikulasi Perak mengenai tindakan pegawai kesihatan mengeluarkan kompaun semasa datang untuk menyiasat kes keracunan makanan di sebuah kafe di situ.

Ciapan yang disertakan dengan gambar kejadian dan kapsyen oleh @nabilAmirul4 mempersoalkan jumlah denda tersebut.

Katanya, elaun yang diterima tidak mampu untuk membayar kompaun tersebut.

“Pelajar Matrikulasi Perak kena kurung sepanjang semester tetapi KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) masuk kafe (di kolej) pergi kompaun RM1,500 dekat pelajar.

“Kami punya elaun selama enam bulan pun hanya RM1,250,” tulisnya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam ciapannya turut tampil mempersoalkan tindakan ‘double standard’ terbabit.

“Kalau pelajar, tidak perlu buka kertas siasatan, kompaun terus. Dah banyak kali kita tegur pelaksanaan double standard macam ini.

“Apa salahnya tegur dulu sebelum kompaun? Apa yang susahnya?” soalnya.

PRN Sabah: Senarai SOP lengkap hari mengundi dan ketika penjumlahan rasmi undi

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memberi respon terhadap pendedahan tersebut dan mengatakan Jabatan Kesihatan Perak akan segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Terima kasih atas aduan kepada KKM ini dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin,” katanya di Twitter rasminya malam tadi.

Selain itu, terdapat juga beberapa pemilik akaun pelajar lagi yang turut mendakwa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar SOP tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.

Iklan

Ternyata pendedahan tersebut turut membangkitkan amarah warganet yang rata-rata mengatakan kompaun itu tidak wajar.

@ashhjsmn_ – Selebriti kahwin, tak kena siasat sampai kiamat. Student yang kena kurung, automatic RM1.5k.

@saidussyahiran_ – Diorang ambik jalan terakhir sebab tak nak buat keje susulan dah.

@AinnurZaimah – Korang yang masuk rumah diorang tiber nak saman budak-budak tu bukan boleh keluar pon hmm sian mereka.

@akmalololo – At least bagi amaran dah laa depa tu bukannya bergaji. Elaun yang depa dapat tu pon bukannya banyak sngat. Aihh makin lama dunia ni dah jadi makin tak adil.

Justeru, sama-samalah kita patuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Iklan