JENAMA tudung terkenal Ariani menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Majlis penyerahan tersebut diserahkan selepas selesai program Ariani Hijab Run yang diadakan di hadapan House of Ariani, Kuala Lumpur

Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.

Baca ni ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini’. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

ariani

“Ini sebagai tanggungjawab sosial korporat Ariani. Memandangkan bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sokongan kepada komuniti.

“Pada masa sama, kami turut menyokong usaha penuh BSMM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa bencana dan misi bantuan kemanusiaan,” ujarnya.

Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.

Baca lagi Jakel rasmi gedung baharu, lancar kempen Jualan Rahmah. Harga murah, kualiti diutamakan

ariani

Dalam pada itu, Farah Haryani melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia Ariani.

“Saya berharap agar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita,” kata Farah lagi.

Untuk rekod, Ariani Hijab Run 2023 merupakan penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016.

Baca lagiBerlari sambil bergaya dengan kain sarung. Sarong Heritage Fun Run X SinarPlus memang vazz!

ariani

Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta, yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Menariknya, larian ‘Fun Run’ sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km itu turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad.

PAKAIAN SUKAN & TUDUNG TERBAHARU

Bella berkata, acara kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata.

Iklan

Baca lagi ‘Macam tu je sale dia naik.’ Penangan Khairul Aming, gerai cendol sold out tak sampai 24 jam

ariani

“Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka.

“Suasana di perkarangan House of Ariani meriah dengan siri aktiviti yang dijalankan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, menambahkan lagi keceriaan acara,” katanya.

Baca lagi Chef Wan bakal bersara, berehat dari dunia penyiaran, serah perniagaan kepada anak

arianiPada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit, khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.

Iklan

Ariani Hijab Run 2023 turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai jenama ternama termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), KPJ Ampang Puteri, POKKA, Daia, Habib, Gleneagles Hospital, Move Fitness, Good Virtues Co, Chomel, Bonda Haven, Kina Cosmetics, dan Fazs Faozi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang